Перейти к содержимому

LP59 | MOTAC : MOTAC Janjikan Festival Budaya Malaysia 2026 Yang Terbaik

Legasi Podcast

0:00 / 0:00

LP59 | MOTAC : MOTAC Janjikan Festival Budaya Malaysia 2026 Yang Terbaik

8 634 просмотра · 1 мес. назад
Legasi Podcast
56,3 тыс. подписчиков
8 634 просмотра · 1 мес. назад
LEGASI PODCAST X FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA 2026 BERSAMA-SAMA ENCIK MOHAMD RAIZULI BIN MAT JUSOH DAN ENCIK FAREL MIKHAIL Memperkenalkan Legasi Podcast: Sembang Sambung, sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh Adlin Aman Ramlie dan Khairul Anwar Salleh. Episod istimewa kali ini membawa pendengar mengenali Festival Budaya Malaysia 2026, sebuah festival berskala nasional yang menghimpunkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan negara dalam satu perayaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Legasi Sembang Sambung menampilkan Encik Mohamd Raizuli bin Mat Jusoh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Acara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Selaku Ketua Sekretariat Festival Budaya Malaysia 2026, beliau berkongsi mengenai hala tuju penganjuran festival, keistimewaan pengisian yang disediakan dan kerjasama pelbagai organisasi dalam menjayakannya. Bersama-sama beliau ialah Encik Farel Mikhail, Pengarah Urusan FM Group yang akan memperkenalkan Precious of Malaysia 2026. Pengisian ini menghimpunkan elemen fesyen, muzik, tarian, pertandingan, persembahan dan pembangunan bakat dalam mengetengahkan kreativiti dan keunikan Malaysia. Festival Budaya Malaysia 2026 menawarkan 206 aktiviti di 15 pentas dan ruang acara dengan penglibatan 49 organisasi. Daripada seni persembahan, permainan tradisional, warisan, kulinari dan pameran budaya hinggalah aktiviti kontemporari, semuanya disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung daripada pelbagai lapisan usia. Festival Budaya Malaysia 2026 berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan! Ayuh Sembang dan Sambung Legasi Sembang biar berisi, biar ada solusi Sambung, kalau bukan kita siapa lagi? Datang bersama ahli keluarga dan sahabat ke Festival Budaya Malaysia 2026. Lihat, kenali dan hargai warisan kita. #FBM2026 #FestivalBudayaMalaysia #PreciousOfMalaysia #LegasiPodcast #MyMOTAC #MalaysiaMADANI #VisitMalaysia2026 #MySeniBudaya