Перейти к содержимому

Rafizi: Politik ‘swingers club’ demi kuasa punca rakyat hilang kepercayaan terhadap parti

ELC Media Malaysia

0:00 / 0:00

Rafizi: Politik ‘swingers club’ demi kuasa punca rakyat hilang kepercayaan terhadap parti

3 982 просмотра · 9 ч назад
ELC Media Malaysia
26,7 тыс. подписчиков
3 982 просмотра · 9 ч назад
*Rafizi: Politik ‘swingers club’ demi kuasa punca rakyat hilang kepercayaan terhadap parti* PENGKALAN BATU, 25 Okt — Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan politik kerjasama antara parti yang dibentuk semata-mata untuk mengekalkan kuasa sebagai budaya “swingers club”, apabila pemimpin bertukar pasangan politik tanpa mempedulikan prinsip dan mandat pengundi. Berucap pada Jelajah Trak Kancil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Melaka malam ini, beliau berkata politik negara semakin didorong kepentingan individu yang mahu kekal sebagai wakil rakyat, bukannya perjuangan atau khidmat kepada masyarakat. “Ahli politik, parti politik dah lama buat swingers club dia dah. Dia tak kisah gabungan ke tak gabungan. Dia akan bertukar-tukar pasangan kerana asalkan dia boleh kekal jadi ahli Parlimen, dia boleh kekal jadi wakil rakyat,” katanya. Menurut Rafizi, budaya itu berpunca daripada sistem politik yang menggalakkan pemimpin memilih parti berdasarkan peluang memenangi pilihan raya, termasuk manfaat persaraan selepas memegang jawatan. Beliau turut mengkritik pergolakan rundingan kerusi menjelang pilihan raya negeri Melaka, dengan mendakwa kerusi tradisi Pakatan Harapan (PH) seperti Bemban dan Sungai Udang dikorbankan demi percaturan kerjasama politik. Rafizi berkata pendekatan Parti Bersama yang bertanding secara bersendirian di 16 kerusi pula menunjukkan gabungan politik baharu itu mahu menentukan calon berdasarkan kesesuaian dan kemampuan berkhidmat, tanpa mengira komposisi kaum pengundi. Beliau mengingatkan pengundi supaya tidak menganggap parti besar sebagai satu-satunya pilihan, sebaliknya menilai implikasi jangka panjang setiap keputusan politik. “Kalau kerjasama atau joint venture itu tidak berasaskan kepada prinsip yang betul, niat yang betul dan hasilnya itu tidak adil kepada semua pihak, kerjasama itu akan membawa dan membuka kepada satu pertelingkahan yang lebih besar,” katanya. Rafizi turut membandingkan percaturan politik semasa dengan Perjanjian Versailles selepas Perang Dunia Pertama, yang menurutnya mewujudkan ketidakadilan sehingga menyemai benih konflik seterusnya. Beliau memberi amaran bahawa kemenangan besar UMNO bersama PAS juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan kuasa, manakala kerjasama PH-BN berisiko mengulangi percaturan yang mengabaikan sentimen pengundi. Bagi Rafizi, pilihan raya Melaka bukan sekadar perebutan kerusi, tetapi ujian sama ada pengundi sanggup menolak politik yang mengutamakan kelangsungan pemimpin berbanding prinsip dan akauntabiliti. #RafiziRamli #PartiBersama #JelajahTrakKancil #PengkalanBatu #Melaka #PRNMelaka #PolitikMalaysia #PakatanHarapan #BarisanNasional #UMNO #PAS #PerikatanNasional #DAP #PKR #Politik #Demokrasi #PilihanRaya #Pengundi #MandatRakyat #Reformasi #Akauntabiliti #Integriti #KerjasamaPolitik #PolitikKepentingan #SwingersClub #Kancil #Rafizi #AnwarIbrahim #PolitikMelayu #Keadilan #WakilRakyat #KepentinganRakyat #Malaysia #BeritaMalaysia #Semasa