Перейти к содержимому

PROGRAM LATIHAN AMAL & SIMULASI PENGURUSAN PPS DAERAH KUALA SELANGOR 2026 | JKM KUALA SELANGOR

JKM Kuala Selangor

0:00 / 0:00

PROGRAM LATIHAN AMAL & SIMULASI PENGURUSAN PPS DAERAH KUALA SELANGOR 2026 | JKM KUALA SELANGOR

83 просмотра · 5 дн. назад
JKM Kuala Selangor
23 подписчика
83 просмотра · 5 дн. назад
PROGRAM LATIHAN AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH KUALA SELANGOR 2026 Program Latihan Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Kuala Selangor 2026 telah berlangsung pada 31 Oktober 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Selangor. Program anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta tahap kesiapsiagaan pelbagai agensi, pemimpin komuniti dan sukarelawan dalam pengurusan bencana, khususnya pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang 📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Selangor ✒️ Anjuran: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor PERASMI PROGRAM YBrs. Tuan Raiz bin Radzuan (Pegawai Daerah Kuala Selangor) TURUT HADIR 1. En. Ahmad Zafir bin Daud – Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor. 2. En. Zawawi bin Hussin – Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Mahang. 3. Pn. Arnewati binti Katirin – Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. PENCERAMAH AGENSI 1. En. Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin – Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial, NADMA. 2. En. Muhamad Shahril bin Kamaruddin – Penolong PPD Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. 3. Pn. Nurul Nabilah binti Ramli – Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Krisis dan Bencana, Bahagian Kebajikan Produktif, JKMM. PENGLIBATAN AGENSI 1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor. 2. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. 3. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. 4. Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor. 5. Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. 6. Pengurusan Air Selangor, Wilayah Air Selangor. 7. Institusi pendidikan sekitar daerah Kuala Selangor, iaitu SK Parit Mahang, SK Dato Maharajalela, SK Pasangan, SK Desa Aman, SK Bukit Kerayong, SK Bukit Cheraka, SK Sultan Abdul Aziz, SK Jaya Setia, SK Bukit Badong, SK Bukit Belimbing, SK Rantau Panjang, KAFA Integrasi Al Hidayah Kg. Bukit Cheraka dan SRA Ijok. PENGLIBATAN PESERTA 1. Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Pasangan, Tanjong Karang 1 dan Tanjong Karang 2. 2. Ketua-ketua kampung (JPKK) dan ketua komuniti Daerah Kuala Selangor. 3. Sukarelawan JKM Kuala Selangor. OBJEKTIF PROGRAM 1. Meningkatkan kefahaman peserta mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab agensi berkaitan seperti NADMA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana. 2. Memantapkan pengetahuan, kefahaman dan kesiapsiagaan peserta dalam pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui pendekatan perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion – FGD) berasaskan situasi simulasi bagi meningkatkan kecekapan penyelarasan, penyelesaian masalah dan tindakan pengurusan bencana. PENGISIAN PROGRAM 1. Taklimat Pendaftaran Awal Mangsa @MyIBJKM – PKMD Kuala Selangor. 2. Taklimat CBDRM dan Bantuan Wang Ihsan – NADMA. 3. Ceramah Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pengurusan Sekolah sebagai Pusat Pemindahan Sementara – PPD Kuala Selangor. 4. Ceramah Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Bencana – JKMM Putrajaya. 5. Focus Group Discussion (FGD): Perbincangan Berfokus ke Arah Pemantapan Pengurusan dan Pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Kuala Selangor. 6. Pembentangan kumpulan. 7. Rumusan program. Melalui pelaksanaan latihan amal dan simulasi ini, diharapkan semua peserta dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memahami peranan masing-masing dalam memastikan pengurusan PPS yang lebih cekap, teratur dan berkesan apabila berlakunya bencana. Kesiapsiagaan Hari Ini, Kesejahteraan Komuniti Esok. Terima kasih kepada semua agensi, pihak sekolah, pemimpin komuniti dan sukarelawan yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. #JKMKualaSelangor #PKMDKualaSelangor #PengurusanBencana #PusatPemindahanSementara #PPS2026 #LatihanAmal #KesiapsiagaanBencana #JKMSelangor