Roti Unik Hungary Langos, Kini Ada Di Perak! | Streetfood Perak
DESTINASI TV
0:00 / 0:00
Roti Unik Hungary Langos, Kini Ada Di Perak! | Streetfood Perak
1 134 просмотра · 1 час назад
DESTINASI TV
746 тыс. подписчиков
1 134 просмотра · 1 час назад
📍Batu 14¾, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak
⏰: 2pm-7pm
Jumaat - Ahad
Boleh ikuti social media mereka di 📱 :
Facebook: Lángos in Malaysia
Instagram: puterielsuraya
Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan di pasar tani sekitar tahun 2001, beliau bersama isterinya terus mengembangkan menu Lángos mengikut cita rasa tempatan. Daripada Lángos klasik dengan sour cream dan cheese, kini terdapat pelbagai pilihan menarik seperti Lángos Pizza dan Lángos Burger.
Menariknya, perjalanan beliau dalam dunia perniagaan makanan bermula ketika menghadapi kesukaran hidup selepas pulang ke Malaysia. Dengan bahan yang sederhana dan semangat untuk meneruskan kehidupan, Lángos menjadi titik permulaan kepada perjalanan beliau memperkenalkan hidangan dari negara kelahirannya kepada masyarakat tempatan.
Jom kenali kisah di sebalik Lángos, makanan jalanan Hungary yang kini boleh dinikmati di Perak!
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.
#DestinasiTV #StreetFoodPerak #Langos #MakananHungary #MakananTradisional #UsahawanTempatan