Перейти к содержимому

Tangkap Tangkap Tangkap: PH Kata Ini Lawan Rasuah, UMNO PAS Kata Guna Kes Jadi Senjata Politik

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

Tangkap Tangkap Tangkap: PH Kata Ini Lawan Rasuah, UMNO PAS Kata Guna Kes Jadi Senjata Politik

28 692 просмотра · 2 дня назад
Rafizi Ramli
123 тыс. подписчиков
28 692 просмотра · 2 дня назад
Kita sedang dihidangkan dengan tangkapan demi tangkapan. Setakat ini yang kena hampir semuanya dari sebelah UMNO atau BN. Yang mafia korporat atau apa-apa yang bersabit dengan PH, belum ada lagi. Pandangan saya mudah: tangkap semua, dakwa semua. Kalau PMX nak buktikan dia tidak menggunakan kuasa pendakwaan sebagai ugutan politik, perkara pertama dia kena buat ialah dedahkan laporan yang dibentangkan di Kabinet mengenai siasatan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, ekoran laporan mafia korporat dalam Bloomberg. Tapi itu kata saya lah, nanti orang-orang PH kata saya merajuk pulak. Sebaiknya rakyat biasa yang atas pagar jangan sekadar makan popcorn saksikan semua drama ini, kita kena tingkatkan pengetahuan kita mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan tuduh menuduh seperti ini berlaku di masa hadapan. Supaya ada saja yang makan rasuah, siasat, kalau ada bukti kukuh tangkap dan dakwa. Sebab itu, BERSAMA akan memulakan siri forum BERSAMA bermula esok, Rabu 9 September 2026 jam 8 malam. Setiap 2 minggu, kita akan bawa tokoh-tokoh yang bebas politik untuk berdiskusi mengenai perkara-perkara besar dan dasar negara. Minggu ini, kita bermula dengan tajuk hangat: 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵: 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂, 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗮? 𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹: Saya dan Nik Nazmi dari BERSAMA Dato' Mah Weng Kwai (bekas Hakim Mahkamah Rayuan) Ngeow Chow Ying (Peguam dan Penyelaras Projek SAMA) Anand Raj (Presiden Majlis Peguam Malaysia) Moderator: Goh Vee Cheen 📅 9 September 2026 (Rabu) ⏰ 8.00 malam 📍 Ibu Pejabat Parti BERSAMA Malaysia, No. 31, Jalan PP 16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Daftar kehadiran: https://bersama.org, klik Acara. Kepada yang tidak dapat hadir boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran media sosial saya dan BERSAMA.