Kisah sakit bipolar dan masa dalam penjara - Yasin Sulaiman
Lebih Masa
0:00 / 0:00
Kisah sakit bipolar dan masa dalam penjara - Yasin Sulaiman
13 727 просмотров · 14 часов назад
Lebih Masa
45,5 тыс. подписчиков
13 727 просмотров · 14 часов назад
Selepas empat tahun senyap daripada mata masyarakat, legenda muzik yang pernah menggegarkan tanah air dengan lagu "Teman Sejati" bersama kumpulan Brothers dan "Mimpi Laila" serta "Salsabila" kini kembali bersuara.
Yasin Sulaiman, tampil eksklusif di Lebih Masa hanya beberapa hari selepas mendapat perkenan dibebaskan secara rasmi oleh Sultan Selangor pada 2 September lalu, selepas melalui hukuman penjara dan rawatan.
Dalam episod kali ini, Yasin berkongsi secara terbuka perjalanan panjangnya bergelut dengan penyakit bipolar, bagaimana beliau berusaha mencari penyelesaian kepada simptom manic membawa kepada penahanan pada 2022, serta liku-liku yang membawanya dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi sehingga dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara — sebelum akhirnya dibebaskan dan dilepaskan peringkat mahkamah rayuan.
Dari zaman sekolah tahfiz di Arab Saudi, penubuhan kumpulan nasyid Mirwana, kejayaan era World Music, sehingga pengalaman menjadi "penyanyi rasmi" di Penjara Kajang — episod ini membawa pendengar menyelami kisah seorang seniman yang bangkit semula dan membangkitkan persoalan tentang sistem perundangan dan penyakit mental. Saksikan perbualan penuh emosi dan jujur ini hanya di Lebih Masa pada Isnin, 14 September jam 9:00PM di YouTube, Spotify dan Apple Podcast.
Hos:
Nik Nazmi Nik Ahmad: / niknazminikahmad
Nani Roslan: / naniroc
Like, Follow, Share, Subscribe:
Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa
Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio:
Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa
Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com
Kredit:
PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff
PENERBIT: Sherry M.Shariff
JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon
EDITOR: Aben Othman
SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira
#LebihMasa #YasinSulaiman #TemanSejati #MimpiLaila #Salsabila #NurKasih #KernaDia #SultanSelangor #SultanSharafuddin #KesihatanMental #Bipolar #PodcastMalaysia #MuzikMalaysia #KumpulanBrothers #Comeback