KISAH ANGSA DAN TELUR EMAS | BERCERITA / MEMBACA BUKU CERITA SUKU KATA | CERITA KANAK-KANAK |
HS KidsEdu
0:00 / 0:00
KISAH ANGSA DAN TELUR EMAS | BERCERITA / MEMBACA BUKU CERITA SUKU KATA | CERITA KANAK-KANAK |
74 147 просмотров · 4 года назад
HS KidsEdu
20,3 тыс. подписчиков
74 147 просмотров · 4 года назад
Berminat untuk dapatkan Ebook Cerita Waktu Tidur ? Tekan link di bawah : http://shopee.com.my/haris_mdnor
Tentang Ebook Cerita Waktu Tidur :
Saiz : 75.6 Mb
Halaman : 96 Halaman
Kelebihan :
Mengandungi 10 Kisah haiwan yang memberi pengajaran.
-Penggunaan ilustrasi dan gambar berwarna yang menarik.
-Tulisan berwarna (Fokus Suku Kata).
Qr Code untuk video setiap cerita disediakan diakhir pengajaran kisah.
Berbentuk PDF dan boleh dicetak/print untuk kegunaan peribadi.
Mudah dibawa dan dibaca dimana-mana kerana berbentuk softcopy.
~ HS KidsEdu ~
Membaca buku cerita kanak-kanak atau cerita waktu tidur iaitu Kisah Angsa Dan Telur Emas menggunakan intonasi dan panduan suku kata. Sesuai untuk digunakan bagi anak-anak yang masih kecil, pra sekolah dan sekolah rendah tahap 1.
Skrip / Teks : Kisah Angsa Bertelur Emas
Seorang petani dan isterinya hidup gembira di sebuah ladang kecil, menternak sekawan angsa dan menjual telurnya.di pasar. Mereka tidak kaya, tetapi gembira dengan hidup mereka.
Suatu hari, seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan angsa-angsa mereka. Keesokan harinya, pasangan itu terperanjat apabila mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang kawanan angsa mereka. Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur emas!
Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti yang tidak pernah mereka impikan sebelum ini. Tetapi, mereka tidak gembira. Mereka tidak puas dengan hanya sebiji telur emas sehari, Petani itu berkata kepada isterinya, "Angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa perlu kita tunggu untuk mendapatkan lebih banyak emas?"
"Jika kita membelah badannya," setuju isterinya, "kita boleh mendapatkan semua telur sekali gus." Oleh itu, mereka pun membunuh angsa itu! Mereka terperanjat apabila mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain. Lebih teruk, mereka tidak akan memperolehi telur emas lagi!
PENGAJARAN:
Orang yang tamak mahukan semuanya, tetapi biasanya, kerugian pula yang menimpa mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa like, share dan subscribe ya... Percuma ja...
#bukucerita #ceritakanakkanak #membacacerita