Yang Pernah Kita
Qasry Aziz
0:00 / 0:00
Yang Pernah Kita
39 просмотров · 12 дней назад
Qasry Aziz
43 подписчика
39 просмотров · 12 дней назад
Yang Pernah Kita
Lirik : Qasry Aziz
Lagu : Qasry Aziz
Di beranda itu pernah kau menunggu,
Dengan senyummu masih kuingat selalu.
Angin petang menyisir rambutmu,
Dan aku jatuh cinta tanpa aku tahu.
Kita bercerita tentang hari esok,
Tentang rumah kecil, halaman berbunga.
Kau bilang cinta takkan berubah,
Aku percaya… kerana matamu bicara.
Tanpa menyangkal waktu begitu singkat,
Sedang kita menyangka slamanya dekat.
Tanpa sedar masanya kita akhirnya tamat.
Ingin ku kembali ke beranda pertama.
Bukan untuk memujukmu tinggal semula,
Cuma ingin memandangmu tanpa luka.
Kita pernah menjadi dua hati bahagia.
Pernah kau menjadi rumah di dalam diri.
Dan walau akhirnya kau memilih pergi,
Kau memilih pergi....
Masih kuingat senyummu di petang hujan,
Kau memeluk dinginku, berjanji tak kau lepaskan.
Barangkali kau sudah melupakan,
Sedang aku menyimpan detik kenangan.
Bukan kerana aku mahu kau kembali,
Tapi kerana itu pernah menjadi kita.
Aku pernah menyangka cinta itu kekal,
Rupanya hati juga punya musim,
Ada yang mekar… ada yang gugur perlahan.
Ingin aku kembali ke beranda pertama.
Bukan untuk memujukmu tinggal semula,
Cuma ingin memandangmu tanpa luka.
Kita pernah menjadi dua hati yang bahagia.
Dan walau akhirnya kau memilih pergi,
Pernah kau menjadi rumah di dalam diri.
Kini beranda itu masih berdiri,
Namun langkahmu tidak lagi di sini.
Aku datang membawa sunyi,
Pulang membawa damai yang kini sepi.
Andai waktu tak mampu mengulang cerita,
Biar kenangan menjaga segala yang indah.
Kerna luka pun tahu jalan pulang akhirnya.
Pernah kau sinar purnama malamku.
Kini ku lepaskan segala yang berlalu,
Tanpa membenci… tanpa meminta kau kembali.
Di beranda yang pernah kita…
Mungkin cinta bukan tentang memiliki,
Mungkin kasih juga belajar melepasi.