Перейти к содержимому

RETROSPEKTIF : BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD (1992)

FINAS Malaysia

0:00 / 0:00

RETROSPEKTIF : BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD (1992)

4 509 просмотров · 6 месяцев назад
FINAS Malaysia
78,6 тыс. подписчиков
4 509 просмотров · 6 месяцев назад
#LensaFINAS #RetroSpektifSinema FINAS mempersembahkan program istimewa Retrospektif dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD (1992)’, terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS). Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan antara mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur, terkenal dengan seni bina Moorish/Indo-Saracenic yang memukau. Keindahannya terserlah melalui kubah tembaga yang berkilauan serta menara jam setinggi 41 meter, yang sering digelar sebagai “Big Ben Malaysia.” Dibina pada penghujung abad ke-19, bangunan bersejarah ini pada asalnya berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan British. Namun, ia turut menjadi saksi kepada detik paling bersejarah negara apabila bendera United Kingdom diturunkan pada tahun 1957, menandakan berakhirnya era penjajahan dan lahirnya sebuah negara merdeka. Sehingga hari ini, bangunan ini kekal sebagai simbol kedaulatan dan warisan negara, serta menjadi latar ikonik bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Dataran Merdeka, yang terus menghidupkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. 📅 Saksikan tayangan eksklusif ini pada 20 Mac 2026 (Jumaat), jam 9.00 malam hanya di YouTube FINAS Malaysia. 📍 Tonton di sini:    / @finasmalaysiamy   Jangan lupa Like, Comment, Share dan Subscribe saluran YouTube FINAS Malaysia untuk lebih banyak kandungan arkib dan dokumentari hebat! #FilemKitaCitraKita #FINASMalaysia #MalaysiaMADANI #KementerianKomunikasi #Retrospektif #BangunaSultanAbdulSamad #WarisanKL #WarisanNegara