MPU3192 | Cancel Culture | Kumpulan 8
Aqilah Hashim
0:00 / 0:00
MPU3192 | Cancel Culture | Kumpulan 8
32 просмотра · 2 недели назад
Aqilah Hashim
32 просмотра · 2 недели назад
Tajuk:
Cancel Culture: menuntut akauntabiliti atau menghukum tanpa ruang pembelaan
SIPNOPSIS
Isu Utama
Podcast ini membincangkan isu cancel culture yang semakin biasa berlaku dalam media sosial. Cancel culture ialah tindakan masyarakat mengecam, memboikot atau menarik sokongan terhadap seseorang atau organisasi kerana melakukan sesuatu yang dianggap salah. Perbincangan ini memberi fokus kepada persoalan sama ada cancel culture dapat membantu seseorang bertanggungjawab atas kesalahan mereka, atau menjadi satu bentuk hukuman yang tidak memberi peluang untuk menjelaskan keadaan dan membela diri.
Ringkasan Pandangan Panel
Panel pertama berpandangan bahawa cancel culture boleh menjadi satu bentuk akauntabiliti jika dilakukan secara bertanggungjawab. Ia dapat memberi kesedaran kepada individu tentang kesalahan yang dilakukan dan mendorong mereka untuk memperbaiki keadaan. Namun, individu tersebut perlu diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebelum masyarakat membuat penghakiman.
Panel kedua pula berpendapat bahawa cancel culture boleh menjadi akauntabiliti atau hukuman bergantung kepada cara ia dilakukan. Jika tindakan dibuat tanpa menyemak fakta dan mendengar kedua-dua pihak, ia boleh menjadi tidak adil. Oleh itu, kedua-dua panel bersetuju bahawa masyarakat perlu lebih berhati-hati, menyemak maklumat dan memberi peluang kepada individu untuk berubah.
Rumusan
Kesimpulannya, cancel culture mempunyai dua sisi. Ia boleh menjadi cara untuk menuntut akauntabiliti dan memastikan kesalahan tidak dipandang ringan. Namun, jika dilakukan secara terburu-buru tanpa menyemak fakta dan memberi ruang untuk seseorang membela diri, ia boleh menjadi hukuman sosial yang tidak adil. Oleh itu, masyarakat perlu mengimbangi antara akauntabiliti, hak untuk membela diri dan peluang kedua. Penggunaan media sosial secara bertanggungjawab serta tidak terburu-buru membuat penghakiman penting bagi memastikan keadilan dan peluang untuk berubah dapat diberikan.
Ahli Kumpulan:
1. NUR IZZATI BINTI AHMAD RIZAL
(59222125150)
2. NURUL ISMALIYANA BINTI MOHD AMRAN
(59222125188)
3. NUR AQILAH BINTI HASHIM
(59222125169)
4. ALYA ADRIANA BINTI JAIZAN HADI
(59222125160)
5. AHMAD HAZIQ BIN AHMAD SYUKRI
(59222125417)
6. MUHAMMAD IEMAN FITRI BIN ZULKEFLEE
(59222125144)