PROGRAM QUICK WIN CITRA BITARA SPM (Tahun 2026) MASTERI BM SPM (Kumpulan Mutiara)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING
0:00 / 0:00
PROGRAM QUICK WIN CITRA BITARA SPM (Tahun 2026) MASTERI BM SPM (Kumpulan Mutiara)
841 просмотр · Трансляция закончилась 2 недели назад
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING
25 подписчиков
841 просмотр · Трансляция закончилась 2 недели назад
Pencapaian SPM merupakan salah satu indikator utama keberhasilan sekolah. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching merancang melaksanakan Program Quick Win Bahasa Melayu bagi membantu murid meningkatkan prestasi berdasarkan analisis item soalan peperiksaan percubaan SPM. Program ini memberi fokus kepada tiga kategori murid iaitu Cemerlang, Sederhana dan GALUS melalui pendekatan intervensi yang berbeza mengikut keperluan murid.
1. Mengenal pasti item dan konstruk yang perlu diberi penekanan berdasarkan analisis soalan percubaan SPM.
2. Membantu murid kategori cemerlang meningkatkan peluang memperoleh gred A+.
3. Membantu murid kategori sederhana mencapai sekurang-kurangnya gred C.
4. Membantu murid GALUS mencapai tahap lulus dalam mata pelajaran BM dan Sejarah.
5. Mengoptimumkan kepakaran Guru Sumber Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat daerah.