VOICES FOR HUMANITY BY KHAI AZIZ(EIN SECOND COMBAT)
Drug Free Youth Malaysia
0:00 / 0:00
VOICES FOR HUMANITY BY KHAI AZIZ(EIN SECOND COMBAT)
3 497 просмотров · 7 лет назад
Drug Free Youth Malaysia
289 подписчиков
3 497 просмотров · 7 лет назад
Dalam Untoxicated Youth Tour, Drug Free Youth Association (DYFA) berhasrat untuk mengadakan jelajah ke 10 buah sekolah terpilih di sekitar Malaysia untuk bergaul dengan lebih ramai pelajar dalam cara yang mereka MAHIR!
Khai Aziz juga dikenali sebagai Ein dalam kumpulan Straight Edge merupakan seorang penyanyi di dalam band Second Combat. Beliau merupakan pemilik United X Front record dan telah mendedikasikan hidup beliau untuk kehidupan positif belia Malaysia. Beliau akan menunjukkan kepada belia bahawa tidak semestinya menggunakan dadah apabila bermain muzik atau sedang berseronok!
Beberapa pencapaian beliau adalah:
Ikon Negara bagi Aktivis Bebas Dadah 2017
Menandatangani perjanjian bersama label straight edge “Commitment Record” dari Belanda pada 2006
Pembentang di TED X Asia 2014
Duta kepada organisasi bukan berkeuntungan di Australia iaitu Untoxicated 2013.
LIVING DRUG FREE LIFESTYLE VIA ART
Program pemerkasaan dan sokongan ini akan menjurus kepada minat generasi muda. Program kesedaran akan dilaksanakan melalui pementasan teater, muzik dan filem. Pelajar akan didedahkan dengan gaya hidup dimana mereka masih boleh berseronok, melakukan apa yang mereka sukai tanpa melibatkan dadah.
Untuk memaksimakan impak jelajah ini, DYFA akan mengumpul dana bagi:
Dram
Amplifier
Gitar
Gitar Bass
Mikrofon
Kos bagi jelajah ke 10 buah sekolah seluruh Malaysia
Modul pemerkasaan dan sokongan
Kit Straight Edge, dilengkapi CD dan buku daripada seminar.
IMPAK
Anda masih boleh menjadi punk tanpa membazirkan hidup anda” - Khai
Untuk memupuk budaya menahan diri daripada menggunakan alkohol, tembakau dan pelbagai jenis dadah lain. Khai dan DYFA mahu menggalakkan orang ramai terutamanya belia untuk menikmati muzik punk dan rock tanpa terjebak dalam dadah seperti kebanyakan artis punk yang lain.
DYFA ingin menunjukkan bahawa ini bukan sekadar latihan, ia merupakan cara hidup. Ia juga cool, dan memberi ‘edge’ dalam perjuangan menentang dadah - belia senang dan sukakan muzik dan mereka akan terikut dengan band kegemaran mereka. Mereka juga percaya dalam berjuang menentang penggunaan dadah, alkohol, tembakau dan seks bebas.
Pelajar di serata Malaysia akan diajar untuk:
Bahaya penyalahgunaan dadah
Bagaimana untuk membuat pertimbangan yang lebih baik apabila melibatkan dadah
Bagaimana untuk hidup dengan sihat dan selamat tanpa melibatkan dadah
Dan PALING PENTING, mengelakkan mereka daripada mengambil dadah.
Anda boleh hulurkan sumbangan di link bawah ini ;
https://www.ngohub.asia/campaigns/dru...