Перейти к содержимому

Barisan Peserta Big Stage 2022 & Persembahan Pengenalan Mereka

F8Buzz

0:00 / 0:00

Barisan Peserta Big Stage 2022 & Persembahan Pengenalan Mereka

112 636 просмотров · 4 года назад
F8Buzz
183 тыс. подписчиков
112 636 просмотров · 4 года назад
Senarai peserta dan persembahan pengenalan mereka kepada media dan peminat Big Stage 2022. Hebat atau tidak? Seramai sembilan BBNU dari Malaysia telah terpilih untuk beraksi di pentas Big Stage 2022. Manakala dua bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta dari Brunei dan Indonesia. Lima bintang wanita yang akan berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia). Big Stage 2022 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan. Konsert mingguan Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022. 19 Januari 2021 #BigStage2022 #BigStage #DominasiBBNU • • • • • • • • • 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 - hello@f8buzz.com • 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 - gerila@f8buzz.com • • • • • • • • 𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 - http://www.f8buzz.com • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 - http://t.me/f8buzz • 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 - http://t.me/f8buzzsembang • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 - http://www.youtube.com/channel/F8Buzz • 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -   / f8buzz     / f8buzz   http://www.tiktok.com/f8buzz   / f8buzz