Peneroka Berhutang Sampai Mati. Duit FELDA Beli Hartanah di London.
Rafizi Ramli
0:00 / 0:00
Peneroka Berhutang Sampai Mati. Duit FELDA Beli Hartanah di London.
22 168 просмотров · 17 часов назад
Rafizi Ramli
123 тыс. подписчиков
22 168 просмотров · 17 часов назад
Isu FELDA saya turut sentuh ketika Trak Kancil DUN Bukit Katil, Melaka.
Kekayaan yang diwarisi itu jadi beban. Peneroka kena bayar kos tanam semula kelapa sawit kepada anak syarikat FELDA, lebih mahal daripada yang syarikat perladangan besar bayar. IOI tak semahal itu. United Plantations tak semahal itu. Sime Darby lagi murah. Tapi peneroka FELDA kena bayar paling mahal.
Sebab itu, ada peneroka yang berhutang dari usia 30 hingga 70 tahun. Berapa kali dah tanam semula, hutang tak pernah habis.
Pada masa yang sama, duit FELDA pergi ke London. Empat hartanah. Serviced apartment, satu hotel, dua tapak tanah di Wembley.
Saya nak semak prestasi kewangan syarikat yang memegang hartanah itu, ikut nama dalam penyata akaun FELDA sendiri. Syarikat itu tidak wujud di UK.
Yang wujud, nama yang sama, tapi didaftarkan di British Virgin Islands. Tempat di mana undang-undang mereka tidak memerlukan sesiapa untuk mendedahkan pemilik syarikat itu.
Saya pergi ke Felda Taib Andak semasa PRN Johor. Tiga puluh, empat puluh tahun, rumah peneroka lebih kurang sama seperti mula-mula dulu.
Tak berubah.