Masjis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Membaca 2026
MUHAMAD FARIJAN
0:00 / 0:00
Masjis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Membaca 2026
175 просмотров · 4 дня назад
MUHAMAD FARIJAN
287 подписчиков
175 просмотров · 4 дня назад
🇲🇾📚 KEMUNCAK SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & BULAN MEMBACA 2026
Alhamdulillah, hari ini 18 September 2026 (Jumaat) berlangsung Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Membaca Peringkat SK Laya-Laya, Tuaran di Dewan CITA.
Majlis pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran Y.Brs Tuan Roslani bin Abdullah, Focal Person Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, yang mewakili YB Datuk Haji Abdul Kassim bin Haji Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Dilantik).
Kehadiran beliau amat bermakna buat seluruh warga sekolah dalam menyempurnakan kemuncak program yang menggabungkan dua semangat besar — cinta akan negara 🇲🇾 dan budaya membaca 📚.
Sebulan kita menyemarakkan patriotisme. Sebulan kita membudayakan pembacaan. Hari ini kita meraikan hasil usaha, kreativiti dan kebersamaan seluruh warga sekolah, PIBG, ibu bapa serta murid-murid.
Merdeka bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi membina generasi yang tahu jati dirinya. Membaca pula bukan sekadar mengenal aksara, tetapi membuka jendela masa depan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, masa, idea dan sokongan sejak perancangan sehingga terlaksananya majlis pada hari ini.
❤️ Bersatu hati, maju bersama.
📖 Membaca Menyemai Minda, Merdeka Membina Masa Depan.
🔥 NYALA LAYA-LAYA
Cemerlangkan Insan Tanpa Alasan (CITA)
#NyalaLayaLaya #SKLayaLaya #BulanKebangsaan #BulanMembaca #Tuaran