Перейти к содержимому

Menjala ikan parit kelapa sawit‼️Name PELIK tapi MAHAL sedap ❗️

Dunia fizon

0:00 / 0:00

Menjala ikan parit kelapa sawit‼️Name PELIK tapi MAHAL sedap ❗️

26 403 просмотра · 2 недели назад
Dunia fizon
20 тыс. подписчиков
26 403 просмотра · 2 недели назад
Antara fakta penting bagi ikan ketutu atau ada yang memanggilnya haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu atau ketutu. Goby marmer (Oxyeleotris marmorata) adalah spesies ikan yang tersebar luas di keluarga Butidae yang berasal dari perairan tawar dan payau di cekungan Mekong dan Chao Praya, serta sungai dan badan air lainnya di Kemboja, Thailand), Malaysia, Singapura, Indocina, Filipina, dan Indonesia. Ikan ini adalah salah satu ikan gobioid terbesar, mencapai panjang 65cm, meskipun sebahagian besar tidak melebihi 30cm. Ikan ketutu atau dalam bahasa Kantonis, soon hock tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Ikan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir. Biasanya dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu ianya akan membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan ia suka bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ia sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa. Dilaporkan dimana diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya. Dilapangan dimana selain dipancing, Ikan ini boleh dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup seperti anak-anak ikan koi di dalamnya. Apa pun spesies ini adalah ikan yang penting secara ekonomi sebab ia sangat aktif berada dalam industri akuakultur dan akuarium. Ia juga sangat popular di kalangan masyarakat Cina kerana teksturnya yang halus dan daging putihnya yang lazat dimana ia diyakini memiliki khasiat untuk penyembuhan. Dikatakan ikan ketutu ini ia paling baik dimakan setelah pembedahan atau melahirkan anak. Apa pun di Malaysia proses komersialisasi jenis ikan ini belum banyak dilakukan walau pun di lapirkan yang kadar permintaan hanya dipenuhi iaitu sebahagian besar tergantung pada populasi liar yang semakin sukar didapatkan sehingga kekurangan bekalan ini telah melonjakkan harga ika ketutu yang tinggi di pasaran. Penulis blog ada dengar jika ikan ini ada nama lain seperti Ikan Belontok, ikan hantu, haruan bodoh, ikan ubi dan sebagainya. Ia merupakan jenis ikan air tawar dan payau dimana ia adalah spesies demersal yang hidup pada radius air dengan nilai pH 6.5 - pH7.5 dengan suhu tropika 22°C-28°C. Ia berada dalam habitat air tawar berkedalaman sehingga 10 meter. #gengdunia #menjala #fish Assalamualaikum semua jom tengok video nie sampai habis.. Terima kasih semua yg dah banyak support channel nie.semoga korng semua dipermudahkan urusan ,dberi kesihatan yg sihat slalu. Jom follow DUNIA FIZON media sosial facebook: https://www.facebook.com/fizz.yoww?mi... instagram :  / fizhonrazak   tiktok: https://www.tiktok.com/@dunia_fizon2?... Equipment shooting- gopro 9 samsungA52 telesin tripod…