Перейти к содержимому

Suami tak kerja, jururawat mangsa tikam dalam proses minta cerai

Harian Metro

0:00 / 0:00

Suami tak kerja, jururawat mangsa tikam dalam proses minta cerai

32 054 просмотра · 1 дн. назад
Harian Metro
1,4 млн подписчиков
32 054 просмотра · 1 дн. назад
Seorang wanita warga emas pada awalnya menyangka anaknya hanya ditumbuk menantu, sebelum menyedari kejadian itu kelmarin sebenarnya lebih serius selepas melihat darah di lantai dapur. Zabidah, 78, berkata ketika kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok, jam 8.40 malam ketika beliau berada di rumah bersama anak perempuan berusia 44 tahun serta dua cucu berusia 12 dan tiga tahun. Suspek secara tiba-tiba merempuh pintu jeriji dapur dan cuba memasuki rumah walaupun dihalang anaknya. Cucu perempuannya yang dikenali sebagai Amirah kemudian datang ke rumah berkenaan dan membantu menghubungi ambulans. Keluarga berkenaan hanya menyedari mangsa yang juga seorang jururawat di Klinik Kesihatan Chempaka parah di bahagian badan dan leher selepas suspek melarikan diri. Sementara itu, Amirah, 19, berkata dia yang datang dari rumah bapanya untuk melawat ibu dan neneknya terkejut apabila mendengar kekecohan. Amirah mendakwa, ibunya dalam proses memohon perceraian selepas enam tahun berkahwin kerana suspek berulang kali mengugut untuk membunuhnya setiap kali mereka bertengkar. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my