Перейти к содержимому

EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

Keluar Sekejap

0:00 / 0:00

EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

10 291 просмотр · 20 ч назад
Keluar Sekejap
430 тыс. подписчиков
10 291 просмотр · 20 ч назад
Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon. Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol. Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat. Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel, industri magnet, akademik dan ketenteraan. Daripada jendela perpindahan politik hinggalah ke anugerah ikon wanita, macam-macam cerita dalam episod kali ini. Tekan PLAY, duduk santai dan mari kita sembang. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tinggalkan komen. Kalau terasa, itu mungkin kebetulan. #SembangKS #Episod30 #MusimPilihanraya #PRNMelaka #IkonWanitaSelangor