TEMPAT KETIGA || UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) || MALAM CITRA BAYU KALI KE-18
PERSIS USM
0:00 / 0:00
TEMPAT KETIGA || UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) || MALAM CITRA BAYU KALI KE-18
1 457 просмотров · 3 месяца назад
PERSIS USM
404 подписчика
1 457 просмотров · 3 месяца назад
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
NAMA TARIAN: RAJA BERANGKAT
ETNIK: TIDUNG
TAJUK TARIAN: TINAGAT
SINOPSIS:
Tarian ini mengisahkan legenda Masyarakat Tidung yang terdapat di Tawau, Sabah. Kisah
bermula apabila seorang pemuda terpukau oleh kecantikan puteri kayangan yang mandi di Batu Tinagat, lalu menyembunyikan pakaian ajaibnya agar sang puteri kekal di bumi. Mereka berkahwin dan hidup bahagia, namun kerinduan puteri terhadap asalnya tidak pernah pudar. Apabila diminta menari dalam sebuah keramaian, puteri tersebut dengan penuh keberanian, kebijaksanaan dan tekad memperdaya suaminya untuk mendapatkan semula pakaian ajaib demi kembali ke tempat asalnya. Sebaik menyarungkannya, sang puteri terapung pulang ke kayangan. Pemuda berusaha untuk menahannya dengan menebang Batu Tinagat, namun segalanya sia-sia, meninggalkan duka yang abadi. Legenda ini kini diangkat dan diterjemahkan secara kreatif melalui gerak tari Raja Berangkat menerusi olahan koreografi baharu yang mengetengahkan nilai keberanian, ketabahan dan pengorbanan seorang puteri dalam mempertahankan jati diri.