Перейти к содержимому

Marhamah Pecat Staff Guna ChatGPT?! Macam Mana Isi Chat Boleh Terbongkar?!

Syihabudin Ahmad

0:00 / 0:00

Marhamah Pecat Staff Guna ChatGPT?! Macam Mana Isi Chat Boleh Terbongkar?!

13 352 просмотра · 7 часов назад
Syihabudin Ahmad
312 тыс. подписчиков
13 352 просмотра · 7 часов назад
Isu pendedahan chat ChatGPT yang dikaitkan dengan Marhamah Rosli menimbulkan satu persoalan yang lebih besar: adakah apa yang seseorang tanya kepada AI terus menjadi bukti bahawa perkara itu benar-benar dilakukan? Dalam video ini saya bincangkan beberapa perkara penting — dakwaan yang dibuat oleh akaun facebooker, perbezaan antara bertanya kepada AI dengan melaksanakan sesuatu tindakan, persoalan bagaimana chat peribadi itu diperoleh, serta batas antara membongkar kezaliman dan mencari aib seseorang. Saya tegaskan sejak awal: kalau benar ada staf yang dizalimi, salah tetap salah. Kalau ada penyalahgunaan kuasa, ia perlu dibuktikan dan dikritik. Tetapi kita juga tidak boleh menjadikan screenshot, chat peribadi atau bahan bocor sebagai pengganti kepada bukti tindakan sebenar. Islam mengajar kita supaya berlaku adil, tidak melakukan tajassus tanpa hak, dan tidak membuka aib orang sesuka hati. Dalam masa yang sama, privasi juga bukan lesen untuk menutup kezaliman. Dalam video ini saya cuba bezakan antara fakta, dakwaan, bukti dan kesimpulan supaya kita tidak mudah menghukum hanya kerana sesuatu bahan sedang tular. Saya juga kongsikan Kombo Istimewa Dariku, yang mengandungi 6 buku fizikal, 6 eBook dan 5 bookmark, termasuk buku Asas Ilmu Hadis Untuk Pelajar Sirah Nabi yang membantu membina disiplin menilai riwayat dan maklumat dengan lebih tersusun. Pertanyaan dan tempahan Kombo Istimewa Dariku: https://wa.me/60133023316 Kedai buku: https://bukusantaiilmu.com Sertai keahlian YouTube Syihabudin Ahmad:    / syihabudinahmad2016   #MarhamahRosli #ChatGPT #Privasi #PLReturns #IsuSemasa #SyihabudinAhmad #SantaiIlmu