Перейти к содержимому

Sanusi: 'Tak reti cakap Melayu, kamu tak bising. Orang putih tak kata apa, kamu yang lebih-lebih'

Malaysianometry 🇲🇾

0:00 / 0:00

Sanusi: 'Tak reti cakap Melayu, kamu tak bising. Orang putih tak kata apa, kamu yang lebih-lebih'

33 578 просмотров · 16 ч назад
Malaysianometry 🇲🇾
74,8 тыс. подписчиков
33 578 просмотров · 16 ч назад
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Kedah berpotensi muncul sebagai pusat pembangunan industri baharu berikutan keluasan tanah, kemudahan infrastruktur serta kos tanah yang lebih rendah berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan layanan kerajaan Persekutuan terhadap Kedah, termasuk perbezaan peruntukan pembangunan berbanding Pulau Pinang. Sanusi turut membangkitkan permohonan peruntukan bagi mengekalkan kawasan sawah padi, hutan dan kawasan tadahan air yang masih belum mendapat perhatian sewajarnya. Dalam perkembangan lain, Sanusi menyindir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan menyifatkan seseorang yang petah berpidato tidak semestinya berkebolehan melaksanakan kerja, sambil membangkitkan isu pengurusan sawah, baja, padi dan benih. Beliau turut mengkritik amalan pilih kasih dalam pembangunan negeri, berkongsi kisah penglibatan Allahyarham Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad dalam PAS serta menegaskan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jika anda rasa rakyat berhak tahu, bantu kami sebarkan maklumat ini. Tekan SHARE, kongsikan kepada rakan dan keluarga, serta pastikan lebih ramai mendapat peluang untuk menonton dan menilai sendiri. Satu perkongsian anda boleh membawa isu ini kepada ribuan penonton baharu. #malaysianometry #perikatannasional #tanahmelayu #politik