HEBAHAN | VIDEO SEJARAH ATLET NEGARAWAN MALAYSIA
OFFICIAL BKPSM
0:00 / 0:00
HEBAHAN | VIDEO SEJARAH ATLET NEGARAWAN MALAYSIA
600 просмотров · 10 дней назад
OFFICIAL BKPSM
181 подписчик
600 просмотров · 10 дней назад
HEBAHAN | VIDEO SEJARAH ATLET NEGARAWAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK), Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sesi 2025/2026 membawakan sebuah video khas yang mengetengahkan salah seorang tokoh sukan terkemuka negara, Dato’ Seri Dr. Lee Chong Wei JP.
Beliau merupakan antara figura terbesar dalam sejarah sukan badminton Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pencapaian, dedikasi dan semangat juang yang luar biasa.
Kegigihan beliau dalam mengejar kecemerlangan serta ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa dalam mencapai impian.
Semoga kisah perjuangan dan semangat juang beliau dapat menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa Sabah di Mesir untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sekian.
“STRENGTH IN GAME, GRACE IN NAME”
“SAHSIAH TERAS KEUNGGULAN”
Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK)
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM)
Sesi 2025/2026
____
🗓️ Tarikh Hebahan:
21 September 2026 | 10 Rabiulakhir 1448H