ISTIMEWA LAWATAN TAIF
Hijra Manasik
0:00 / 0:00
ISTIMEWA LAWATAN TAIF
54 просмотра · 1 г. назад
Hijra Manasik
12 подписчиков
54 просмотра · 1 г. назад
Malaysia terkenal dengan Cameron Highlands, Mekah pula terkenal dengan Taif. Sama-sama sejuk, tapi Taif ada kisahnya yang tersendiri… ❄️⛰️
Alhamdulillah, jemaah Hijra Manasik berpeluang singgah ke Taif ..kota sejuk yang terletak di pergunungan Tinggi. Suasana tenang, udara nyaman… memang buat hati rasa damai. ❄️⛰️
Banyak tempat menarik yang kami lawati. Semuanya beri pengalaman baru yang takkan dilupakan:
🏨 Bermalam di Oriens Hotel, Taif
Penat berjalan, kami berehat di hotel selesa di tengah bandar Taif. Bilik selesa, suasana sejuk dan layanan mesra .. memang puas hati!
🌹 Kilang Ros dan Perfume
Tempat popular di Taif! Jemaah tengok sendiri proses pembuatan air mawar dari bunga ros asli yang sangat harum dan berkualiti tinggi.
🍇 Pasar Buah-buahan Segar
Buah-buahan di sini memang fresh dari ladang — anggur, delima, buah tin… semua manis dan menyelerakan. Boleh beli terus dari petani tempatan!
🍯 Kedai Madu Gunung
Taif juga terkenal dengan madu asli dari kawasan pergunungan. Jemaah dapat rasa sendiri kelazatan madu yang tulen dan penuh khasiat.
🚡 Cable Car Al Hada
Antara aktiviti paling seronok ..naik cable car sambil nikmati pemandangan gunung yang sangat cantik. Angin sejuk memang rasa ‘healing’ habis!
🕌 Masjid Abdullah Ibn Abbas RA
Kami singgah ke masjid bersejarah ini dan ziarah makam sahabat besar Rasulullah SAW. Suasana tenang dan penuh keinsafan.
🕌 Masjid Qarnul Manazil
Salah satu tempat miqat yang penting. Jemaah sempat solat dan berihram di sini. Alhamdulillah, satu pengalaman yang penuh makna.
🍽️ Percuma Nasi Arab Taif
Istimewa untuk jemaah Hijra Manasik ..kami jamu dengan nasi Arab original Taif yang sedap dan berempah. Makan ramai-ramai, makin berselera!
⸻
Ziarah ke Taif bukan sekadar melancong. Ia satu perjalanan rohani, penuh ketenangan dan momen yang menyentuh hati.
Syukur Ya Allah atas setiap langkah yang Kau izinkan. 🤍