Ep. 218 - Antalya Travel Guide: Rahsia Percutian Murah Tapi Mewah di Turki
Leaving The Nest
0:00 / 0:00
Ep. 218 - Antalya Travel Guide: Rahsia Percutian Murah Tapi Mewah di Turki
56 262 просмотра · 6 мес. назад
Leaving The Nest
91,6 тыс. подписчиков
56 262 просмотра · 6 мес. назад
Selepas perjalanan panjang lebih 11 jam dari Malaysia ke Turki, misi 50 Countries Before 40
kitorang mulakan dengan Hadrian’s Gate, pintu masuk paling ikonik ke kawasan lama Antalya dari zaman Rom yang berusia hampir 2000 tahun!
Dari sini kita terus explore Kaleiçi Old Town, kawasan bersejarah yang dipenuhi rumah klasik dari zaman Ottoman dan jugak bangunan yang dah beratus tahun.
Dan paling best, kitorang masuk Yivli Minaret Mosque, masjid tertua dekat Antalya, dari tahun 1230 masa zaman Seljuk.
Settle melawat masjid yang dah 800 tahun lebih, kitorang singgah duduk-duduk kejap depan Saat Kulesi, Clock Tower Antalya, sebeluk singgah solat dekat Kesik Minaret Mosque.
Menarik Kesik Minaret Mosque ni, asalnya dia dibina sebagai kuil orang Rom pada abad ke-2, lepas tu ditukar jadi gereja pada zaman Byzantine. Bila Antalya ni masuk zaman Seljuk, gereja ni jadi ditukar masjid. Tapi masa Raja Cyprus ambik alih Antalya dari Seljuk, dia tukar balik jadi gereja dan akhirnya bila sampai zaman Uthamiah, dia ditukar jadi masjid balik sampai la hari ni. Unik la bagi aku, sebab 1 binaan yang nampak macam biasa je tapi hakikatnya di sebalik bangunan ni ada banyak lapisan sejarah dari beberapa empayar yang berbeza.
And kitorang berpeluang untuk solat dekat dalam masjid ni.
And lepas solat, kita makan makanan Turki pertama after so long, dan ke republic square, beli souvenir 1 lira sebelum naik Antalya Panoramic Elevator ke Old Town Marina.
Lif ini dah ada dari tahun 1907 dan zaman tu, dia memang dibina untuk mudahkan orang turun dari bandar lama di atas bukit ke kawasan pelabuhan kat bawah. Dari atas sini, kita boleh nampak Laut Mediterranean yang sangat cantik.
Perjalanan selama 8 jam di Antalya untuk hari kedua ni kitorang ringkaskan untuk tontonan kurang dari 30 minit and kitorang harap perjalanan jauh kitorang kali ni bukan setakat dapat memberi inspirasi, tapi juga dapat bagi manfaat yang sebaiknya kepada semua penonton setia Leaving The Nest.
Selamat menonton!
Music: Swiss View by TVARI / swiss-view
License: Creative Commons — Attribution-ShareAlike 3.0 Unported CC BY-SA 3.0
Free Download / Stream: https://links.al/td0
Music promoted by Audio Library: https://links.al/youtube
––––––––––––––––––––––––––––––