LRT3 Dah Siap. Tapi Ada Satu Masalah Besar…
Ahmad Thoha
0:00 / 0:00
LRT3 Dah Siap. Tapi Ada Satu Masalah Besar…
1 132 просмотра · 3 недели назад
Ahmad Thoha
7,11 тыс. подписчиков
1 132 просмотра · 3 недели назад
Aku dah lama tunggu LRT3 ni.
Sebab aku pernah membesar di Shah Alam dan Klang, jadi aku memang tahu macam mana rasanya bergerak antara dua kawasan ni — dengan kereta, jem, dan masa yang banyak habis atas jalan.
Sekarang, selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya LRT3 atau Laluan Shah Alam dibuka.
Dalam video ni aku cuba naik sendiri dari Shah Alam menuju Klang dan tengok apa yang berubah.
Tapi video ni bukan sekadar review LRT3.
Aku nak persoalkan sesuatu yang lebih besar:
Adakah kita sedang membina pengangkutan awam untuk memenuhi keperluan hari ini, atau untuk bandar yang akan kita ada 20–30 tahun akan datang?
Kita tengok bagaimana LRT3 pernah melalui pengurangan skop dan kapasiti, isu first-mile dan last-mile, feeder bus, akses pejalan kaki dan kebergantungan Malaysia kepada kereta.
Kita juga tengok contoh LRT Kelana Jaya — laluan yang hari ini membawa ratusan ribu perjalanan penumpang setiap hari — dan kisah sistem pembetungan London yang menunjukkan kenapa infrastruktur besar perlu dirancang bukan sekadar untuk populasi hari ini, tetapi untuk generasi akan datang.
Sebab mungkin soalan sebenar bukan:
“Ramai ke orang guna LRT3 hari ini?”
Tetapi:
“Bagaimana LRT3 akan mengubah Shah Alam dan Klang 20 tahun dari sekarang?”
#LRT3 #LaluanShahAlam #ShahAlam #Klang #PengangkutanAwam