Перейти к содержимому

FRZR - Siapa Datang (Muzik Video Rasmi)

FrazorRaz

0:00 / 0:00

FRZR - Siapa Datang (Muzik Video Rasmi)

107 982 просмотра · 4 месяца назад
FrazorRaz
17,9 тыс. подписчиков
107 982 просмотра · 4 месяца назад
Lagu : Siapa Datang Artis : FRZR Lirik : FRZR / FrazorRaz Album : Siapa Datang (Single) Editor : FrazorRaz Pengedar : DK Records LIRIK : SIAPA DATANG Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana puntungnya Hilang ghaib kusangka mati Kalau mati mana kuburnya Jangan pandang belakang bila malam tiba Ada yang tunggu dalam gelap sana Bunyi ketawa sayup tepi telinga Bila kau sedar, ada depan mata Kabut tebal tutup jalan dalam gelita Bayang hitam berdiri tegak hujung mata Pandang sekali hilang balik tanpa jejak Macam dendam lama bangkit cari tapak Lampu terus padam sunyi terus hilang Yang tinggal cuma bunyi nafas panjang Kalau esok pagi kau nampak aku diam Mungkin jasad ada tapi jiwa dah tenggelam Siapa datang tengah malam tak beri salam Siapa jalan atas siling waktu semua diam Nama dipanggil sayup-sayup dalam hujan Mata pejam masih nampak kelibat berjalan Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana puntungnya Hilang ghaib kusangka mati Kalau mati mana kuburnya Cermin lama retak seribu dalam bilik Ada wajah lain berdiri senyum sinis Lampu malap berkelip nyala sekejap padam Dalam gelap dengar suara memberi salam Tanah kubur basah hujan malam jumaat Bunyi tangisan jauh datang makin dekat Daun kering dipijak tapi tiada manusia Hanya bau hanyir singgah depan muka Aku lari tapi lorong makin memanjang Setiap simpang balik tempat yang sama Jam tepat tiga suasana mula berubah Bisikan jadi jeritan pecah dalam kepala Jangan tegur kalau dengar orang memanggil Jangan jawab kalau suara datang menggigil Ada benda hidup antara nyata dan ghaib Menunggu takut manusia waktu malam naik Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana puntungnya Hilang ghaib kusangka mati Kalau mati mana kuburnya Kelip-kelip makin dekat dalam gelap Mata memandang tepat dari celah asap Kalau benar dia mati sudah lama hilang Kenapa malam masih datang menjelang Hilang ghaib kusangka mati Kalau mati mana kuburnya Jangan takut pada bayang dunia Takut cuma pada Dia Yang cipta segalanya