5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu
0:00 / 0:00
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
110 769 просмотров · 2 месяца назад
Bing - Bahasa Melayu
416 тыс. подписчиков
110 769 просмотров · 2 месяца назад
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Patung muzikal
Di tempat jagaan Amma, kali ini tiba giliran Bing untuk memilih permainan: iaitu Patung Muzikal. Apabila muzik berhenti ... berdiri tegak seperti patung. Sekiranya anda bergoyang, anda keluar ... dan menjadi pemerhati goyangan. Adakah Bing akan memenangi permainan tersebut?
06:23 Gelap
Masa untuk tidur dan Bing telah selesai mandi, menggosok giginya, dan memakai baju tidur tetapi di manakah Hoppity? Bing teringat tadi dia ada bermain dengan Hoppity di taman dan dia mesti tertinggalnya di luar! Dan sekarang, hari sudah gelap. Dengan bantuan Flop dan lampu suluh Karot, adakah Bing dapat menemui Hoppity untuk dibawa tidur?
12:46 Bukan kamu punya
Bing sedang membantu Flop untuk membeli barang di kedai Padget hari ini. Bing membantu mencari kobis, karot dan telur. Dan sewaktu Flop membuat bayaran, Bing merayau-rayau di tepi tingkap kedai dan mengambil lolipop yang terletak di atas rak lalu dimasukkannya ke dalam poket untuk dibawa pulang. Tetapi apakah yang berlaku apabila Flop menjelaskan kepada Bing yang dia telah mencuri Lolipop tersebut.
19:09 Ayuh Charlie
Charlie nak datang jadi Bing telah rancang banyak jenis permainan untuk main bersama-sama dengannya. Bing ada puzzle haiwan, buku Hoppity Voosh, dan kereta mainan pun dah sedia, tetapi apakah yang terjadi apabila Charlie tak berminat untuk bermain mana-mana permainan yang Bing telah rancang?
25:32 Ini saya punya
Bing dan Pando sedang dalam perjalanan pulang dari pantai. Tetapi Panda perlu ambil Bullabaloo dari rumah Bing sebelum dia masuk tidur. Setelah melihat kulit siput yang telah mereka kumpul, mereka memutuskan untuk bermain satu permainan terakhir- iaitu Sorok-Sorok! Tetapi apakah yang terjadi apabila Bing cuba cari Pando dan melihatnya tidur nyenyak di katil Bing?
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps
*****
Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED