MENGGERUNKAN ! Bersendirian di SEMPADAN HUTAN - LADANG SAWIT | WURKKOS TS23
JEJAK RIMBA
0:00 / 0:00
MENGGERUNKAN ! Bersendirian di SEMPADAN HUTAN - LADANG SAWIT | WURKKOS TS23
3 102 просмотра · 12 ч назад
JEJAK RIMBA
14,4 тыс. подписчиков
3 102 просмотра · 12 ч назад
Pada siri kali ini, lokasi malam yang menjadi pilihan aku ialah sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh dari kawasan penempatan manusia dan bersempadan secara langsung dengan hutan tebal.
Ramai yang beranggapan bahawa kawasan ladang sawit merupakan lokasi yang selamat untuk berada pada waktu malam terutamanya kepada mereka yang suka dengan aktiviti menyuluh dan mencari ayam hutan. Tapi mereka mungkin terlupa bahawa kawasan ladang yang bersempadan dengan hutan tebal juga berpotensi menjadi laluan keluar masuk hidupan liar.
Apabila malam menjelma dan suasana mula berubah. Haiwan haiwan liar yang aktif pada waktu malam mula bergerak mencari makanan dan ada antaranya yang mungkin memasuki kawasan ladang sawit tanpa disedari manusia.
Tapi sejauh manakah keselamatan kita apabila bermalam atau melalukan sebarang aktiviti di kawasan seperti ini?
Apakah bahaya tersembunyi yang mungkin menanti di sebalik kegelapan ladang sawit?
Jadi dalam siri kali ini aku membawa penonton semua bersama sama untuk meneroka suasana malam di sebuah ladang sawit yang bersempadan dengan hutan tebal, sambil merungkai kemungkinan kehadiran hidupan liar serta risiko sebenar yang mungkin wujud di kawasan ini.
Inilah Jejak Rimba. Di mana malam bukan sekadar gelap tetapi sebuah dunia alam liar yang terus bergerak ketika manusia mula berehat.