CINTA BUNIAN 2: Kisah Pemikat Burung & Puteri Bunian
Anakshark'craft
0:00 / 0:00
CINTA BUNIAN 2: Kisah Pemikat Burung & Puteri Bunian
13 279 просмотров · 1 г. назад
Anakshark'craft
17,3 тыс. подписчиков
13 279 просмотров · 1 г. назад
Ini antara sebahagian kisah popular di Gunung Senyum, malah Gua Makam Tok Long antara gua yang popular dikunjungi bukan saja oleh penduduk tempatan,bahkan pelancong dari luar negara.
Gunung Senyum setinggi 1,594 kaki ini mempunyai 25 buah gua dengan pelbagai nama yang unik dan klasik. Selain nama 3 gua seperti yang disebut dalam kisah Tok Long dalam story ni, terdapat juga gua lain di sini iaitu Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Batu Merlap, Gua Kolam Tujuh, Gua Danau Impian, Gua Mayat, Gua Rangkap, Gua Sisik Ular dan Gua Nesan yang mengandungi 19 batu nesan di dalamnya. Gua Taman Satu dikatakan adalah kawasan puteri bunian bermain.
Persekitaran gua ini nampak bersih dan terpelihara, seakan-akan ada orang yang membersihkannya selalu.
Gua Kolam pula dikatakan tempat puteri bunian bersiram,manakala Gua Merlap orang-orang lama menceritakan dalam gua itu pernah menjadi tempat tinggal orang bunian
dan terdapat batu tergantung yang bersinar di dalam gua tersebut.
Gunung Senyum dibuka sebagai kawasan rekreasi pada Julai 1989.
Bukan sekadar kisah-kisah mistik yang mewarnai gunung ini, ia juga kaya dengan keindahan stalaktik dan stalagmit gua batu kapur.
Gua-gua di gunung ini berada di bawah jagaan Perhilitan. Kajian arkeologi juga menemui sejarah kehidupan manusia dari zaman Mesolitik di pergunungan ini.
Puncak gunung ini dijadikan sebagai pusat origin koordinat negeri Pahang oleh JUPEM.
Jika anda sukakan alam dan aktiviti fizikal, diwarnai dengan kisah-kisah mitos yang menarik,Gunung Senyum amat sesuai untuk dikunjungi.👍👍
Kisah ini ditulis sepenuhnya oleh manusia berdasarkan hikayat budaya dan mitos Melayu.
🗣️ penyampaian audio menggunakan ElevenLabs) dan (Capcut)
🎨 Visual/ ilustrasi juga dibantu AI secara kreatif dan disunting oleh manusia.
🔍 Tujuan video adalah untuk mendidik dan mengangkat kisah warisan Melayu secara moden.