Перейти к содержимому

Puan Mary on Teringgal Dalam Rumah Terbakar, 3 tahun Tinggal Dalam Stor, Jaga Mentua Masa Susah Ep58

Ar Rasyidin Academy

0:00 / 0:00

Puan Mary on Teringgal Dalam Rumah Terbakar, 3 tahun Tinggal Dalam Stor, Jaga Mentua Masa Susah Ep58

2 076 просмотров · 19 часов назад
Ar Rasyidin Academy
39,4 тыс. подписчиков
2 076 просмотров · 19 часов назад
Puan Siti Mariam (CT CMary), seorang usahawan yang telah membina jenama produk kesihatan "CMARY" sejak 2018, berkongsi kisah hidupnya bermula dari zaman kanak2 membesar dalam keluarga besar 10 adik-beradik di Kampung Seri Masin, Besut, membantu ibu bapa membuat kuih tepung bungkus dan menoreh getah sejak kecil, hingga keputusan merantau ke Kuala Lumpur seorang diri pada tahun 2000 untuk mencari kerja. Turut dikongsikan perjalanan kerjayanya bermula sebagai penjual langsung (direct selling), bekerja di Pizza Hut dan Papa John's sehingga menjadi manager, pertemuan dengan suaminya semasa bekerja di Pizza Hut Kelana Jaya, serta cabaran besar apabila mengalami kemalangan jatuh pada 2 Januari 2012 yang menyebabkan kecacatan kaki (OKU) selama bertahun-tahun. Perbualan ini turut menyingkap proses membina semula hidup dan perniagaan daripada tiada modal, pengalaman "closing" jualan di merata tempat termasuk tandas dan tepi jalan, hingga berkembang memiliki pejabat sendiri dan rangkaian ejen di seluruh negara, di samping pengorbanan menjaga kedua-dua ibu bapa mertua yang sakit dan nyanyuk, serta pandangan beliau tentang kepentingan reda dan bersyukur dalam menghadapi ujian hidup, dibuktikan dengan doa dan usaha membesarkan anak sulungnya yang kini menghafal Al-Quran di peringkat Alimah. #healthlife #business #accident Instagram:  / arrasyidin_academy   tiktok:  / arrasyidinacademy   00:00 – Pengenalan 02:02 – Asal usul & sejarah nama Kampung Baruh Masin/Seri Masin, Besut 04:11 – Membesar dalam keluarga 10 adik-beradik, rumah pernah terbakar semasa bayi 09:16 – Kehidupan keluarga: kerja sawah padi & proses membuat kuih tepung bungkus 16:34 – Peranan sebagai penolong kakak menguruskan adik-adik di rumah 21:52 – Zaman persekolahan, naik bas SKN & tiada cita-cita khusus 30:01 – Rumah terbakar kali kedua pada 2008 33:43 – Kenangan terakhir bersama ayah sebelum meninggal dunia 39:01 – Bermula kerjaya jualan langsung (direct selling) jam tangan & produk MLM 46:05 – Kerja di Pizza Hut Kuala Terengganu hingga berpindah ke Kuala Lumpur 58:59 – Perkenalan dengan suami semasa bekerja di Pizza Hut Kelana Jaya 1:12:24 – Berkahwin & terus mengandung selepas pelamin 1:16:01 – Ujian kewangan selepas berkahwin, terpaksa berpisah dengan anak sulung 1:20:32 – Kemalangan jatuh pada 2 Januari 2012 1:28:03 – Diagnosis MRI mengesahkan tulang & urat kaki rosak teruk 1:32:05 – Bersalin secara pembedahan, anak kedua lahir dengan masalah paru-paru 1:54:21 – Detik paling rapat dengan Allah semasa waktu paling susah 2:20:01 – Bermula perniagaan produk kesihatan "Si Mary" tanpa modal pada 2018 2:32:12 – Membawa ibu bapa mertua yang sakit tinggal bersama 3:11:21 – Pesanan akhir: reda dan bersyukur dalam apa jua keadaan hidup