5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu
0:00 / 0:00
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
218 864 просмотра · 1 г. назад
Bing - Bahasa Melayu
419 тыс. подписчиков
218 864 просмотра · 1 г. назад
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Bukan kamu punya
Bing sedang membantu Flop untuk membeli barang di kedai Padget hari ini. Bing membantu mencari kobis, karot dan telur. Dan sewaktu Flop membuat bayaran, Bing merayau-rayau di tepi tingkap kedai dan mengambil lolipop yang terletak di atas rak lalu dimasukkannya ke dalam poket untuk dibawa pulang. Tetapi apakah yang berlaku apabila Flop menjelaskan kepada Bing yang dia telah mencuri Lolipop tersebut.
06:23 Parti Mainan
Bing dan Hoppity, Pando dan Bullabaloo, semuanya sedang menghadiri jamuan teh Sula dan Hippoty hari ini! Tetapi apabila Sula beri lebih kek kepada Bullabaloo berbanding Hoppity, Bing rasa itu tidak adil dan Sula kemudiannya letak Hoppity ke dalam kotak mainan. Apakah yang akan terjadi apabila Bing berasa marah lalu menolak Sula.
12:46 Membakar
Bing dan Flop sedang membakar biskut halia arnab untuk Charlie dan Coco. Tetapi apabila mereka berdua sampai, Charlie buang air besar dengan banyak! Semasa membersihkan Charlie, tidak ada yang mendengar Chickie, si penjaga masa berbunyi untuk memberitahu mereka yang biskut sudah masak. Adakah mereka dapat menikmati biskut arnab halia mereka?
19:09 Bongkah
Bing sedang membina menara dengan bongkah-bongkah pelanginya dan dia ingin menjadikan menara tersebut setinggi dirinya. Tetapi apabila Coco datang dan meminta bongkah untuk menara pelanginya, dan Charlie pula mahu bermain dengan bongkah merah, mereka semua terpaksa mencari permainan baru untuk dimainkan bersama.
25:32 Ais Loli
Hari yang panas! Bing dan Flop sedang mengisi air di dalam kolam di halaman rumah. Sambil menunggu, mereka dapatkan ais loli yang sejuk dari Gilly! Sewaktu mereka berteduh bersama ais loli mereka, Bing terdengar percikan! Ada katak! Katak itu sedang berenang dan tidak dapat keluar dari kolam! Apakah yang akan terjadi kepada ais loli Bing dan Flop ketika mereka menyelamatkan katak tersebut?
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps
*****
Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED