Перейти к содержимому

Halaqah nur al jumaat Kamis 16.7.2026, penceramah jemputan Maulana Mansoor bin Ismail.

Abdurrahman Almuttaqi

0:00 / 0:00

Halaqah nur al jumaat Kamis 16.7.2026, penceramah jemputan Maulana Mansoor bin Ismail.

61 просмотр · 2 мес. назад
Abdurrahman Almuttaqi
80 подписчиков
61 просмотр · 2 мес. назад
Tuan Guru Maulana Mansoor Bin Ismail Tuan Guru Maulana Mansoor bin Ismail al-Hafiz adalah seorang ulama hadis (Sheikhul Hadis) terkenal di tanah air yang kini menjawat jawatan pengetua di madrasah miftahul ulum Seri Petaling, merupakan salah seorang penal pengajian di radio ikim dan juga bergerak aktif dalam usha dakwah dan tabligh di Malaysia, juga merupakan ahli syura usha dakwah. Antara guru utama beliau ialah Tuan Guru Haji Jaafar al- Hafiz yang mendidik beliau dengan penuh kesabaran, Tuan Guru Haji Daud Malau yang mengamanahkan beliau mengajar hadis, serta Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang terkenal sebagai Musnid Dunia. Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Tuan Guru Haji Ahmad bin Soleh, Tuan Guru Haji Mad Saman Kati, Tuan Guru Haji Abdullah Lanai, dan lain-lain. Karya-karya beliau juga menjadi sumbangan penting dalam dunia pengajian Islam. Antaranya: 1. Tuhfatul A izzah - sebuah kitab yang membahaskan secara terperinci masalah darah wanita (haid, nifas, istihadhah). Kitab ini ditulis untuk memudahkan pelajar dan masyarakat memahami hukum-hakam berkaitan wanita dengan dalil yang jelas. 2. Tashil Sorf - sebuah karya ringkas dalam bidang ilmu nahu dan sarf, ditulis untuk memudahkan pelajar pemula menguasai asas bahasa Arab. Walaupun tidak dicetak, ia digunakan sebagai teks pengajian dalaman. 3. Taqrir Bukhari - catatan dan syarah ringkas terhadap beberapa kitab hadis, khususnya Sahih al-Bukhari, yang menjadi rujukan pelajar dalam memahami hadis secara talaqqi. 4. Risalah Masbuq dan Muwafiq -Risalah ini ditulis untuk menjawab kekeliruan masyarakat dalam amalan solat berjemaah.