Перейти к содержимому

Nak Buat Satu Blok Sekolah. Kena Tunggu Putrajaya

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

Nak Buat Satu Blok Sekolah. Kena Tunggu Putrajaya

20 626 просмотров · 11 часов назад
Rafizi Ramli
122 тыс. подписчиков
20 626 просмотров · 11 часов назад
Permintaan rakyat jarang sekali besar. Bukan universiti baru, bukan pelaburan berbilion ringgit. Yang diminta selalunya ialah longkang yang lebih besar, jalan yang dibaiki, dan satu blok sekolah tambahan. Untuk perkara sekecil itu pun, jawapannya sering sama. Kena tunggu Putrajaya. Bukan kerana birokrasi semata-mata. Kerana negeri memang tidak ada duit. Di semenanjung ini, selain Johor dan mungkin Selangor, yang lain cukup-cukup makan. Ada negeri yang tanpa suntikan Persekutuan tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri. Cukai dikutip daripada tempat yang menjana, dipindahkan ke tempat yang tidak menjana. Yang bekerja terus dipukul. Lama-lama ia bukan lagi soal keadilan. Ia soal berapa lama sebelum yang dipukul itu tumbang. Tetapi memulangkan lebih banyak wang kepada negeri pun bukan jawapan automatik. Beri satu bilion ringgit kepada sebuah negeri, kalau jabatan tekniknya tidak cukup jurutera, wang itu tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun tidak seorang pun yang makan duit. Di China, wilayah bersaing sesama sendiri seperti anak syarikat. Yang membangun paling pantas itulah yang naik. Tonton kupasan penuh isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 61:    • Semua Kena Dakwa: Keganasan Rumah Tangga M...