Перейти к содержимому

SEPUTAR DI TUGU PERINGATAN NEGARA

Channel 20 sen (Channel 20 sen)

0:00 / 0:00

SEPUTAR DI TUGU PERINGATAN NEGARA

3 012 просмотров · 6 лет назад
Channel 20 sen (Channel 20 sen)
78,1 тыс. подписчиков
3 012 просмотров · 6 лет назад
#Channel20sen Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara siap dibina pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Tugu Negara terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Tugu yang berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi membina Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal. Pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Tugu Negara dibina bagi mengenang jasa pahlawan yang berjuang untuk keamanan dan kemerdekaan negara terutamanya sewaktu ancaman komunis.