Перейти к содержимому

"Satira Bukan Budaya Kita?" Kenapa Ahli Politik Takut Digelakkan | Dua Sen Podcast

Podcast Dua Sen

0:00 / 0:00

"Satira Bukan Budaya Kita?" Kenapa Ahli Politik Takut Digelakkan | Dua Sen Podcast

180 просмотров · 3 дн. назад
Podcast Dua Sen
965 подписчиков
180 просмотров · 3 дн. назад
"Satira bukan budaya kita." Betul ke? Atau kita sebenarnya yang tak biasa melihat pemimpin digelakkan? Dalam episod Dua Sen kali ini, Hafiz Latiff berbual bersama Dr. Fairuzzaman Shaharuddin, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Kajian PhD beliau di Goethe University Frankfurt meneliti satira politik Melayu dalam tempoh 2011 hingga 2018. Apa sebenarnya satira, dan apa bezanya dengan sindiran, parodi dan sarkasme? Kenapa satira selalu "menumbuk ke atas" kepada kuasa? Kami bincangkan novel Kawin-kawin dan Shit, karikatur zaman pramerdeka, satira sebagai propaganda, saat satu dewan gelak di majlis graduasi, kes saman Umi Hafilda terhadap PAS, kenapa Fahmi Reza dan Zunar dikenakan tindakan tetapi Datuk Lat tidak, Perdana Menteri yang memanggil kartunis dan berpesan "just make it funny", satira di Jerman dan Charlie Hebdo, meme, stiker, trolling, AI dan deepfake. Soalan penutup untuk anda: bila sesebuah masyarakat tak lagi mampu mentertawakan pemimpinnya, salah pemimpin yang terlalu sukar dikritik, atau masyarakat yang terlalu sukar menerima kritikan?