Penyertaan PPANS dalam perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan TV Channel
0:00 / 0:00
Penyertaan PPANS dalam perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026
34 просмотра · 5 дней назад
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan TV Channel
404 подписчика
34 просмотра · 5 дней назад
Penyertaan PPANS dalam perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026
31 Ogos 2026 - Seawal jam 6.30 pagi,kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) yang terdiri daripada seramai 50 orang kakitangan dan diketuai oleh Encik Zainuddin bin Zailan telah hadir di Padang Majlis Bandaraya Seremban bagi menyertai perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut mengiringi ialah Tunku Besar Seri Menanti, anakanda YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz serta Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Acara turut diserikan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh YAB Dato' Haji Ismail Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme ini turut diwarnai dengan perarakan kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi. Penyertaan kontinjen PPANS mencerminkan semangat cintakan negara, perpaduan serta kebersamaan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
===========================================
Laman web : www.nslibrary.gov.my
Tiktok : www.tiktok.com/@perpustakaan_ns
Youtube : / @ppanstvchannel
Kunjungi kami di :
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2,
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No.Telefon : 06-7635989
No. Fax : 06-7635944