Cara Bina Dashboard Sistem Guru Ganti
Dr Aizat
0:00 / 0:00
Cara Bina Dashboard Sistem Guru Ganti
40 просмотров · 13 дн. назад
Dr Aizat
98 подписчиков
40 просмотров · 13 дн. назад
Masalah yang diselesaikan oleh Sistem Guru Ganti:
1. Pihak pentadbir sering bertanya berapa guru tidak hadir, sama ada semua kelas telah ada pengganti, dan bagaimana memastikan guru yang mempunyai kelas tidak diberi tugas ganti.
2. Semakan manual melalui Excel memakan masa kerana perlu menyemak satu persatu slot kosong, status guru, dan risiko pertindihan kelas sehingga murid berisiko dibiarkan tanpa guru.
Cara sistem berfungsi:
1. Rekodkan guru tidak hadir dengan tarikh, nama, sebab seperti MC, cuti, kursus atau urusan rasmi, berserta catatan.
2. Sistem mengesan secara automatik semua slot kelas yang terlibat berdasarkan hari dan masa dalam jadual waktu.
3. Setiap calon guru dinilai secara jelas dengan status Available, Ada Kelas, Tugas Ganti Lain, Banyak Tugas melebihi dua tugasan, atau Tidak Hadir.
Kemudahan utama di dashboard:
1. Paparan jumlah guru, jumlah kelas, jumlah tidak hadir, slot yang perlu guru ganti, dan tugasan yang telah disahkan.
2. Senarai guru tidak hadir, ringkasan guru ganti hari ini, dan senarai kelas yang belum disahkan dengan pautan terus untuk penetapan segera.
Penetapan dan perkongsian yang pantas:
1. Pilih calon yang available dan tekan Sahkan atau Kemas Kini untuk menggantikan guru asal tanpa risiko clash.
2. Gunakan butang Share WhatsApp untuk menjana senarai tugasan yang kemas dan terus dikongsi ke grup guru.
3. Jadual Ganti Hari Ini boleh disemak, dibatalkan dan dicetak untuk edaran rasmi.
Pengurusan data lengkap dalam satu sistem:
1. Modul Jadual Kelas dengan sokongan Isnin hingga Khamis tujuh slot dan Jumaat lima slot, serta Jadual Guru dengan penanda Free, Mengajar, Tugas Ganti dan Cuti.
2. Pengurusan Data Guru, Data Kelas dan Subjek, fungsi Export dan Import melalui Excel, serta Log Aktiviti dengan Undo dan Redo untuk keselamatan data.