HAJI HADI MENYELEWENGKAN AYAT ALQURAN UNTUK HENTAM DAP?
Syihabudin Ahmad
0:00 / 0:00
HAJI HADI MENYELEWENGKAN AYAT ALQURAN UNTUK HENTAM DAP?
63 133 просмотра · 3 недели назад
Syihabudin Ahmad
311 тыс. подписчиков
63 133 просмотра · 3 недели назад
Dalam video ini saya meneliti dan mengkritik tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertajuk **“DAP Memimpin PH Menyambung Kerja Penjajah Hapuskan Melayu Islam”**.
Fokus utama video ini bukan untuk membela DAP, PH, UMNO atau mana-mana parti politik. Persoalan yang saya mahu jawab lebih besar:
*Adakah ayat-ayat al-Quran dan sirah Rasulullah SAW yang digunakan benar-benar membawa maksud sebagaimana yang didakwa — atau dalil agama sedang dipaksa untuk menyokong kesimpulan politik yang telah dibuat terlebih dahulu?*
Antara perkara yang dibincangkan:
• Surah al-Baqarah 2:217 — adakah ayat mengenai usaha memalingkan Muslim daripada agamanya boleh terus diaplikasikan kepada DAP dan PH?
• Surah al-Hujurat 49:13 — adakah ayat mengenai kewujudan bangsa sebenarnya menjadi dalil bahawa sesuatu bangsa mempunyai hak politik eksklusif ke atas sesebuah negara?
• Surah al-Baqarah 2:29 — benarkah ayat “Allah menciptakan segala yang ada di bumi untuk kamu” boleh dijadikan dalil bahawa Melayu ialah “tuan punya tanah air menurut ketetapan Allah”?
Tonton hingga akhir dan nilaikan hujah berdasarkan dalil, bukan berdasarkan logo parti.
#AbdulHadiAwang #PAS #DAP #PolitikMalaysia #TafsirAlQuran #IslamDanPolitik #MelayuIslam #PakatanHarapan #UMNO #SirahNabi