20 Rabi'ul Awal 1448H | Surau Al-Hidayah, Kompleks Jabatan Laut | Maulid Thalathin
Qasidah Alhawraa sabah
0:00 / 0:00
20 Rabi'ul Awal 1448H | Surau Al-Hidayah, Kompleks Jabatan Laut | Maulid Thalathin
48 просмотров · 2 недели назад
Qasidah Alhawraa sabah
118 подписчиков
48 просмотров · 2 недели назад
JEMPUTAN MAULID DARI SURAU, MENYAMBUNG WARISAN CINTA
Ada warisan orang2 tua kita yg jangan dibiarkan hilang
bila datang Rabiulawal, surau diterangkan, tikar dibentangkan, dulang dihidangkan, dan nama Rasulullah ﷺ disebut penuh kerinduan.
Yang di hujung kampung dipanggil, yang di seberang dijemput. ..Tidak dipandang siapa orangnya, kerana apabila berhimpun kerana Nabi ﷺ, kita datang sebagai satu keluarga dlmmahabbah.
Maka dengan setulus hati dan sehalus adat orang kampung yg memuliakan tetamu, kami menjemput seluruh muslimin dan muslimat hadir bersama dalam Maulid Thalathin.
🗓️ Rabu, 2 Sept 2026
📜 Rabiulawal 1448H
🕕 Ba'da/Lepas maghrib
🕌 Surau Al-Hidayah, Kompleks Jabatan Laut
🎙️ Pentausiyah:
👳🏻♂️ Datuk Ustaz Haji Abdul Manap Lakariba
Mari bah kita datang…
Bawa ibu dan ayah, pimpin anak2, ajak saudara dan jiran tetangga. Biar generasi selepas kita mengenal bahawa surau bukan sekadar tempat bersujud, tetapi tempat orang2 dahulu menitipkan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Kalau dahulu nenek moyang kita menghidupkan kampung dengan paluan rebana dan solawat, biarlah hari ini kita menyambungnya dengan langkah kaki menuju majlis Baginda ﷺ.
Yg dekat, jangan segan bertandang. Yg jauh, jangan berat melangkah. Surau kecil mungkin tidak berhias mewah,tetapi apabila bergema nama Muhammad ﷺ,di situlah sebuah kampung menjadi taman mahabbah.
Datang bawa rindu,
pulang bawa solawat.
Mudah2an anak cucu kita kelak tetap mengenal jalan pulang kepada Rasulullah ﷺ.
#HAKSABAH
#AlhawraaSabah
Link Media Sosial Alhawraa
Group WhatsApp ; https://chat.whatsapp.com/Ly4TXq8GU3d...
channel WhatsApp ; https://whatsapp.com/channel/0029Vb8i...
Telegram ; https://t.me/+7aVvJ8oCgdczNDVl
TT ; https://www.tiktok.com/@alhawraa_saba...
FB ; / 14fxaqhjsze
IG ; https://www.instagram.com/alhawraa_sa...