Jalan-jalan ke Pulau Manukan & Pulau Mamutik Sabah Malaysia (part 2)
Lissa Klik Klik React
0:00 / 0:00
Jalan-jalan ke Pulau Manukan & Pulau Mamutik Sabah Malaysia (part 2)
10 129 просмотров · 5 лет назад
Lissa Klik Klik React
108 тыс. подписчиков
10 129 просмотров · 5 лет назад
Jalan-jalan ke pulau Manukan & pulau Mamutik Sabah Malaysia (part 2)
Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point. Ada pelbagai cara untuk anda ke jeti ini - sama ada pandu sendiri, melalui bas dan juga teksi. Lebih mudah bagi mereka yang duduk di sekitar bandar Kota Kinabalu kerana jalan kaki pun boleh. Jesselton Point terletak berdekatan dengan salah satu pusat beli belah di KK iaitu Suria Sabah Shopping Mall.
PULAU MANUKAN
Terkenal sebagai salah satu tarikan utama di negeri Sabah, Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara. Selain itu, pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Dan yang paling penting, pulau ini sangat ideal untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik.
Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.
PULAU MAMUTIK
Pulau Mamutik terletak dalam gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Kedudukannya lebih kurang 3 km daripada Jeti Jeselton Kota Kinabalu. Dengan keluasan 15 ekar (61,000 m2), Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Jika pelancong berlepas daripada Jeti Hotel Tanjung Aru Beach, perjalanan ke pulau itu mengambil masa sekitar 5 minit dengan bot laju. Sungguhpun ia merupakan pulau tekecil, ia menawarkan beberapa pantai yang baik dan terumbu karang. Ia turut memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesyen Ranger. Kemudahan termasuk bilik bersalin pakaian, bilik air, perlindungan berkelah, meja dan tempat memanggang. Air tawar dan eletrik juga disediakan. Pulau Mamutik terkenal sebagai tempat istirahat kepada ramai pengunjung di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Batu karang di timur lautnya amat menarik. Pantainya berbatu dan perenang perlu berhati-hati terhadap landak laut yang hadir dalam bilangan yang besar di kawasan berbatu karang dan batu.
aktiviti yang disediakan mengikut pakej RM95.00(pax) :
2 pulau - pulau Manukan & pulau Mamutik
*Boat transfer
*Banana Boat
*Parasailing
*Snorkelling set
*Life Jacket
*Jetty Fees
So kepada teman-teman terima kasih kerana menonton video saya, jangan lupa Subcribe, Like, komen dan share ya...
Terima kasih atas sokongan padu y'all.
instagram : lissa_beauty2021
#pulaumanukan
#pulaumamutik
#jalanjalan
#LissaBeauty
#kotakinabalu