Johari Minta Ahli Parlimen Kemuka Usul Susulan Pertikaman Lidah Isu Peruntukan Sabah Sarawak
ELC Media Malaysia
0:00 / 0:00
Johari Minta Ahli Parlimen Kemuka Usul Susulan Pertikaman Lidah Isu Peruntukan Sabah Sarawak
293 просмотра · 17 ч назад
ELC Media Malaysia
27 тыс. подписчиков
293 просмотра · 17 ч назад
*Johari Minta Ahli Parlimen Kemuka Usul Susulan Pertikaman Lidah Isu Peruntukan Sabah Sarawak*
Pertikaian mengenai dakwaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak dikorbankan bagi meningkatkan peruntukan projek infrastruktur luar bandar mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat hari ini, sehingga Speaker Johari Abdul meminta ahli Parlimen mengemukakan usul rasmi sekiranya mahu tindakan diambil terhadap menteri terbabit.
Isu itu dibangkitkan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, yang mengulangi persoalan berhubung penggunaan mekanisme Notice of Change (NOC) ketika penggulungan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 26 Oktober lalu.
Chong berkata beliau secara khusus meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan dari mana datangnya peruntukan tambahan dan projek manakah yang dikorbankan untuk membiayai peningkatan peruntukan projek berkenaan.
Menurutnya, Zahid ketika itu menjawab bahawa tiada projek dikorbankan kerana sesuatu projek hanya diluluskan apabila peruntukan belanjawan diumumkan.
Bagaimanapun, Chong mempersoalkan jawapan itu selepas Menteri Kewangan II dalam penggulungan pada Khamis lalu menjelaskan bahawa pengagihan semula melalui NOC boleh menyebabkan pengurangan peruntukan program lain.
Beliau memetik contoh pengurangan peruntukan pada 2023 yang melibatkan beberapa Agensi dan program termasuk KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli), MARA (Majlis Amanah Rakyat), bekalan elektrik dan air luar bandar, RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) serta KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara).
Chong turut cuba merujuk kenyataan setiausaha akhbar KKDW yang disiarkan dalam Sinar Harian pada 30 Oktober, namun Johari mengingatkannya bahawa petikan akhbar tidak boleh dibawa masuk sebagai sandaran dalam Dewan.
Ahli Parlimen Jelutong, Rayer, kemudian membangkitkan isu sama melalui Peraturan Mesyuarat 36(12), dengan mendakwa kenyataan Zahid mengelirukan Dewan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kenyataan itu merupakan cubaan untuk mensabotaj kerajaan Madani.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, membantah penggunaan perkataan "cuba sabotaj" kerana menganggapnya sebagai sangkaan jahat terhadap Timbalan Perdana Menteri.
Johari menjelaskan bahawa saluran yang tersedia ialah mengemukakan usul, termasuk bagi membolehkan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dalam perkembangan sama, Shahidan turut meminta Johari menarik balik perkataan "cuba sabotaj" yang digunakan Rayer, sekali gus mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa ahli Parlimen kerajaan.
#DewanRakyat #ParlimenMalaysia #JohariAbdul #ChongZhemin #Kampar #Rayer #Jelutong #ShahidanKassim #Arau #AhmadZahidHamidi #ZahidHamidi #KKDW #KementerianKemajuanDesaDanWilayah #Sabah #Sarawak #PeruntukanPembangunan #NoticeOfChange #NOC #InfrastrukturLuarBandar #PembangunanLuarBandar #Belanjawan2026 #KerajaanMadani #PolitikMalaysia #Parlimen #SidangParlimen #PeraturanMesyuarat #JawatankuasaHakDanKebebasan #MARA #RISDA #KESEDAR #PERDA #KEJORA #Kemas #PolitikSemasa #BeritaMalaysia