JONG JONG INAI (Panggung Seni Tradisional 2017)
Cawangan RnD JKKN
0:00 / 0:00
JONG JONG INAI (Panggung Seni Tradisional 2017)
16 138 просмотров · 6 лет назад
Cawangan RnD JKKN
8,31 тыс. подписчиков
16 138 просмотров · 6 лет назад
Tari ini dicipta oleh YBhg. Dato’ Zulkafli Zain pada tahun 1976, sewaktu beliau berkhidmat sebagai jurulatih tari di Kompleks Budaya Negara (KBN). Lagu Jong-jong Inai ini merupakan sebuah lagu rakyat dari negeri Terenggganu namun begitu ia dipilih oleh kerana kesesuaian lagu dengan tari yang ingin diciptakan. Di kawasan Balai Besar, Alor Setar di negeri Kedah terdapat sebuah tapak yang dikenali sebagai tambak inai dan di belakangnya terdapat istana lama yang kini dijadikan muzium diraja. Inai merupakan sejenis tumbuhan yang signifikan dengan budaya Melayu. Inai dipakai sewaktu adat perkahwinan, yang menandakan seorang wanita itu telah berkahwin. Jong Jong Inai ditarikan oleh penari wanita yang digambarkan sebagai inang-inang istana yang sedang gembira memetik inai bagi persiapan sebuah keramaian.
Kredit: ASWARA