Перейти к содержимому

TRIP MEMANCING DI KELONG AH CHEONG PULAU JEREJAK / PAKAT MERASA TARIKAN IKAN YANG GANAS-GANAS

Khai Radzi Outdoor

0:00 / 0:00

TRIP MEMANCING DI KELONG AH CHEONG PULAU JEREJAK / PAKAT MERASA TARIKAN IKAN YANG GANAS-GANAS

1 884 просмотра · 9 дней назад
Khai Radzi Outdoor
173 подписчика
1 884 просмотра · 9 дней назад
🎣 TRIP MEMANCING KE KELONG SANGKAR AH CHEONG, PULAU JEREJAK, PULAU PINANG! 🌊🐟 Pada Sabtu, 5 September 2026, kami seramai 17 orang geng pemancing tegar dari OSRAM Opto Semiconductor Penang berkumpul untuk satu trip memancing santai ke Kelong Sangkar Ah Cheong, Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Trip kali ini bukan sekadar mengejar ikan, tetapi lebih kepada menjalinkan ukhuwah, mengeratkan persahabatan dan berkongsi cerita serta pengalaman sepanjang berada di sangkar. Ada yang strike, ada yang kumpau… tapi yang paling penting, semua enjoy! 😆🎣 🚤 JADUAL PERJALANAN ⏰ Bertolak naik bot: 8.00 pagi ⏰ Bertolak pulang: 5.30 petang 👥 Jumlah peserta: 17 orang 💰 Harga: RM70 seorang Keadaan arus pada hari tersebut agak perlahan dan kemungkinan menyebabkan ikan kurang aktif pada sebelah pagi. Namun menjelang tengah hari, barulah aktiviti ikan mula menunjukkan tanda-tanda. 🎣 AKSI & HASIL TANGKAPAN 🔥 Rod Achik akhirnya disambar ikan senangin sekitar 1kg! 🔥 Rod Sham Tat pula menerima sambaran kerapu sekitar 500 gram. 🔥 Iban pula banyak menjinakkan ikan duri. Manakala aku dan beberapa orang kawan yang lain… terpaksa membangau, bak kata orang kaki pancing — kumpau berdarah! 😂😂 Namun, jangan risau… perjalanan belum berakhir! Menjelang lewat petang, barulah Isa dan Fisol berjaya menjinakkan spesies loban, sedikit sebanyak menyelamatkan maruah geng yang dah lama menunggu! 🎣🤣 🐟 PELUANG RASA TARIKAN MJ & KERAPU Apabila masa menghampiri jam 5 petang, Bagi yang tidak sempat menaikkan ikan, jangan kecewa! Kami juga berpeluang membeli hasil tangkapan daripada Tauke Ah Cheong untuk merasai sendiri tarikan ikan yang ganas seperti MJ (mangrove jack) dan kerapu. 💰 Harga MJ: RM16 seekor 💰 Harga kerapu: RM50/kg ⛵ Jam menunjukkan 5.30 petang. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kelong Sangkar Ah Cheong. Kami bergegas menaiki bot untuk kembali ke daratan sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Walaupun ada yang berjaya menaikkan ikan dan ada yang kumpau sampai berdarah 😂, yang paling penting adalah ukhuwah, gelak tawa, pengalaman dan kenangan yang tercipta bersama. Terima kasih kepada semua 17 orang geng pemancing OSRAM Opto Semiconductor Penang yang menjayakan trip kali ini. Semoga ada rezeki kita buat trip lagi selepas ini! 🎣🔥 👍 Kelebihan: ✔ Umpan udang hidup dijual di kelong. ✔ Tandas bersih. ✔ Tempat berehat dan solat yang selesa. ✔ Sangat sesuai untuk trip berkumpulan. ⚠ Perlu Ambil Perhatian: • Tiada kedai makan atau kedai runcit berhampiran. • Bawa makanan dan minuman secukupnya. • Kelong tidak berpagar dan kurang sesuai untuk anak kecil. • Life jacket wajib dipakai sepanjang berada di kelong. • Tempat letak kereta berada di kawasan jeti. 📍 Lokasi: https://maps.app.goo.gl/Y29UZm9Ypu4gR... 👍 Jangan lupa LIKE 💬 Tinggalkan COMMENT 🔔 SUBSCRIBE channel ini 📲 Jangan lupa tekan loceng 🔔 supaya tidak terlepas video outdoor & memancing seterusnya! #KelongAhCheong #PulauJerejak #PulauPinang #FishingTrip #Memancing #KelongFishing #OSRAM #GengPemancing #FishingMalaysia #KumpauBerdarah #Senangin #Kerapu #MangroveJack #MJ #IkanDuri #Loban #FishingVlog #OutdoorMalaysia #KhaiRadziOutdoor