Sanggar Singkalang SMK Bandar Bintangor - Rentak Pertujuh
Wellingson Kuling
0:00 / 0:00
Sanggar Singkalang SMK Bandar Bintangor - Rentak Pertujuh
1 939 просмотров · 3 года назад
Wellingson Kuling
353 подписчика
1 939 просмотров · 3 года назад
Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023
Naib Johan
Susunan Muzik Terbaik
Koreografer: Wellingson Anak Kuling
Penari Lelaki:
Adrian Danel Anak Bakit
Darazy Zachary Anak David
Lesly Melvin Anak Robin
Nickole Anak Ali
Muhamad Assroy Bin Mohd. Taufiq Abit
Penari Perempuan:
Lilyana Anak Suliman
Marylin Anak Jilan
Sherrarossa Synclair Anak Stevie
Marsha Shinta Anak Aolia
Florence Shanthiea Anak Marina
Tajuk Tarian: Rentak Pertujuh
Sinopsis
Rentak Pertujuh yang membawa maksud rasa rindu berpanjangan merupakan sebuah tarian rampaian tradisional hasil gabungan di antara tarian Asli dan tarian Zapin Pat Lipat. Tarian asli ialah kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Pada kebiasaannya, tarian ini ditarikan secara berpasangan dan juga berkumpulan dengan gerakan yang penuh bersopan santun. Posisi tangan Lenggang Berjuntai dan posisi kaki Langkah Berjuntai adalah gerakan yang menjadi identiti dalam tarian Asli. Antara ragam biasa dalam tarian Asli ialah ragam setempat, maju undur, empat penjuru, petik bunga, petik bunga kaki berganda dan beberapa lagi yang lainnya.Zapin Pat Lipat pula merupakan sejenis zapin yang mula diperkenalkan di Parit Bugis, Muar, Johor dan kini telah berkembang hingga ke Parit Yusof Darat (Mukim Sungai Balang). Pada asalnya, zapin ini ditarikan oleh golongan imam selepas tamat bacaan tahlil, tetapi kini zapin ini ditarikan secara berpasangan dan berkumpulan. Zapin ini mempunyai empat ragam yang bermula dengan kiraan satu hingga lapan dan diakhiri dengan kaki dipacak. Kedua-dua tarian Asli dan tarian Zapin Pat Lipat ini sering dipersembahkan semasa perayaan, keramaian, majlis perkahwinan, persembahan kebudayaan dan juga pertandingan.
Berbaju Kebaya Kerongsang Tiga
Sanggul Lebah Tergantung Rapi
Langkah Ratna Tinggi Santunnya
Tari Asli Penambat Hati
Berbaju Melayu Butangnya Lima
Bersamping Songket Penambah Seri
Gagah Arjuna Memikat Sukma
Zapin Pat Lipat Jatmika Ditari
Ujana Kesuma Saksi Setia
Wasilah Kama Atma Berdua
Aksa Dimata Walang Renjana
Rentak Pertujuh Pada Puspita