Перейти к содержимому

Dari Tanah Besar ke Pulau | E28 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Hisham Kasim

0:00 / 0:00

Dari Tanah Besar ke Pulau | E28 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

1 720 просмотров · 6 л. назад
Hisham Kasim
17,6 тыс. подписчиков
1 720 просмотров · 6 л. назад
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.