RTB BERITA PERDANA, 4 SEPTEMBER 2026 | MENINGKATKAN LANGKAH BERJAGA-JAGA SEMASA KEADAAN BERJEREBU
SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY
0:00 / 0:00
RTB BERITA PERDANA, 4 SEPTEMBER 2026 | MENINGKATKAN LANGKAH BERJAGA-JAGA SEMASA KEADAAN BERJEREBU
888 просмотров · 13 дней назад
SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY
562 подписчика
888 просмотров · 13 дней назад
Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah mengeluarkan Notis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (Workplace Safety and Health Notice - WSHN) bertajuk “Workplace Safety and Health Precautions During Hazy Conditions” bagi mengingatkan semua tempat kerja supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dan mengurus risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang timbul akibat keadaan berjerebu ketika ini.
Merujuk kepada Siaran Akhbar bertarikh 30hb Ogos 2026 yang dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan berjerebu. Memandangkan keadaan tersebut boleh berubah, tempat kerja hendaklah terus memantau bacaan rasmi Pollutant Standards Index (PSI), maklumat kaji cuaca dan nasihat kesihatan, serta mengkaji semula dan mengemas kini penilaian risiko dan langkah berjaga-jaga yang berkaitan sewajarnya dan, jika perlu, disesuaikan dengan keadaan semasa.
Keadaan berjerebu boleh mendedahkan orang di tempat kerja kepada PM₁₀, PM₂.₅ dan bahan pencemar udara lain yang boleh menjejaskan kesihatan, memburukkan masalah pernafasan atau kardiovaskular yang sedia ada, meningkatkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kerja luar yang berpanjangan atau berat, mengurangkan penglihatan serta menjejaskan kualiti udara dalaman di tempat kerja.
Prinsipal, majikan, dan orang yang berkerja sendiri adalah diingatkan dengan tegas mengenai kewajipan mereka di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja, Penggal 277 dan Peraturan Keselematan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (Pengurusan Risiko) untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja, termasuk dengan menilai risiko yang boleh dijangka dan melaksanakan langkah kawalan risiko yang sesuai dan berkesan.
Apabila bacaan PSI meningkat, kualiti udara merosot atau nasihat rasmi menunjukkan peningkatan risiko, tempat kerja hendaklah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang lebih ketat secara berperingkat. Antara langkah tersebut termasuk adalah seperti:
menyesuaikan, mengurangkan dan menjadualkan semula kerja luar yang berpanjangan atau berat, setakat yang munasabah dan praktikal dapat dilaksanakan;
menangguhkan atau menghentikan sementara tugas yang kritikal dari segi keselamatan apabila jarak penglihatan berkurangan dengan ketara atau apabila keadaan semasa boleh menyebabkan aktiviti tersebut tidak selamat untuk diteruskan;
memberikan pertimbangan tambahan kepada individu yang mungkin lebih mudah terjejas oleh kesan jerebu serta menyediakan saluran yang jelas bagi melaporkan sebarang simptom atau kebimbangan berkaitan kesihatan;
mengekalkan kualiti udara dalaman yang sesuai melalui pengendalian dan penyelenggaraan sistem pengudaraan dan penyaman udara yang betul, serta mempertimbangkan penggunaan alat penulen udara berpenapis HEPA, setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan;
menyediakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai dan dipasang dengan betul, seperti respirator N95 atau yang setara, apabila dikenal pasti sebagai perlu berdasarkan penilaian risiko; dan
menyampaikan maklumat mengenai risiko berkaitan jerebu, langkah berjaga-jaga dan sebarang perubahan terhadap aturan kerja secara berkesan kepada para penyelia dan orang yang sedang bekerja.
SHENA dengan tegas mengingatkan semua tempat kerja supaya terus berwaspada, memantau nasihat rasmi yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, serta memastikan langkah kawalan risiko dikaji semula dan disesuaikan mengikut perubahan keadaan bagi melindungi orang di tempat kerja semasa keadaan berjerebu.
🖥 www.shena.gov.bn
📞 238 2000
Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) komited dalam membuat perubahan dan memastikan Negara Brunei Darussalam adalah tempat yang selamat untuk bekerja dan didiami
#SHENAbn