DITINGGALKAN SEJAK 2007?! ADA PENEMUAN PAKAIAN LAMA DAN SERPIHAN TULANG DALAM RUMAH INI
Shukri Vlogs
0:00 / 0:00
DITINGGALKAN SEJAK 2007?! ADA PENEMUAN PAKAIAN LAMA DAN SERPIHAN TULANG DALAM RUMAH INI
12 844 просмотра · 4 дня назад
Shukri Vlogs
54,7 тыс. подписчиков
12 844 просмотра · 4 дня назад
#seram #misteri #mistik
Siapa yang menyangka, ada sebuah RUMAH KAMPUNG LAMA yang terletak jauh di kawasan pedalaman. Rumah ini kelihatan sudah lama DITINGGALKAN, namun di dalamnya masih terdapat pelbagai barangan yang seolah-olah menjadi tinggalan daripada kehidupan penghuni terdahulu..Di sekeliling rumah, semak samun sudah tumbuh tinggi dan hampir menutupi keseluruhan kawasan. Keadaan di dalam rumah pula semakin USANG, terutama beberapa bilik yang sudah lama tidak digunakan. PAKAIAN LAMA masih ditinggalkan dan berselerak, seolah-olah pemiliknya pergi meninggalkan semuanya begitu sahaja..Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah keadaan bahagian dapur. Batang pokok dan akar yang menjalar sudah masuk melalui ruang rumah, bercabang dan memenuhi hampir setiap sudut dapur. Alam seakan-akan mengambil semula ruang yang pernah menjadi tempat sebuah keluarga menjalani kehidupan.
Saya juga menemui tulang haiwan di dalam rumah. Tidak dapat dipastikan tulang tersebut daripada haiwan apa, menjadikan penemuan itu sedikit mengundang persoalan..Namun antara penemuan yang paling membuatkan saya tertanya-tanya ialah sebuah KALENDAR tahun 2007 yang masih berada di dalam rumah. Adakah rumah ini benar-benar sudah ditinggalkan sejak tahun tersebut? Berapa lama sebenarnya rumah ini dibiarkan kosong?
Ikuti rakaman kali ini, jangan lupa subscribe dan like channel ini, supaya channel ini akan terus berkembang..
Thanks for watching..
Go follow media sosial Shukri Vlogs :
Facebook :
https://www.facebook.com/share/1B9Lnw...
Tik Tok :
https://www.tiktok.com/@shukrivlogs_9...
Instagram :
https://www.instagram.com/shukrivlogs...
Group Whatsapp ( Fans Shukri Vlogs ):
https://chat.whatsapp.com/FM363oqPscz...
Terima kasih atas sokongan dari semua untuk kami terus berkarya dan menyajikan video eksplorasi yang berkualiti untuk anda semua.
Jumpa lagi di video berikutnya…
Assalamualaikum..