Перейти к содержимому

EP1: Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Nuuha Beauty

0:00 / 0:00

EP1: Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

1 408 просмотров · 2 нед. назад
Nuuha Beauty
103 подписчика
1 408 просмотров · 2 нед. назад
EP 1: Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Episode 1 Nuuha Beauty Podcast, kami membawakan perbincangan yang sangat penting bersama Dr. Siti Aishah Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, dan Puan Nur Farihah Meor Mazli, Setiausaha Kehormat, Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ). Episod kali ini membincangkan isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak, termasuk maksud seksual grooming, cara ibu bapa menasihati anak-anak, sama ada pendekatan “stranger danger” masih relevan atau mencukupi dalam dunia hari ini, tanggungjawab ibu bapa dalam melindungi kanak-kanak, cara mencegah seksual grooming, tindakan atau akta yang dikenakan terhadap jenayah ini, perkara yang perlu dilakukan sekiranya mengetahui anak menjadi mangsa seksual grooming, risiko sekiranya keluarga atau organisasi memilih untuk menyelesaikannya secara dalaman, serta di mana kes seksual terhadap kanak-kanak paling kerap tersangkut. Sekiranya anda merupakan mangsa seksual grooming atau mengenali seseorang yang menjadi mangsa seksual grooming, jangan berdiam diri. Dapatkan bantuan dan salurkan aduan kepada pihak yang berkaitan. Maklumat penting: • Talian TeleWAFIQ: https://wafiq.my/telewafiq/ • Untuk melaporkan kes aduan, gangguan atau jenayah seksual terhadap kanak-kanak, anda boleh menghubungi Talian Kasih di 15999 atau melalui WhatsApp di 019-2615999. • Talian HEAL 15555 ialah perkhidmatan bantuan krisis kesihatan mental dan sokongan emosi percuma yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Follow Nuuha Beauty: • TikTok:   / nuuhabeauty   • Instagram:   / nuuhabeauty   • Website: https://nuuhabeauty.com/ Jangan lupa follow, like dan share Nuuha Beauty di media sosial untuk mengikuti perkongsian dan episod-episod seterusnya. 00:00 Pengenalan: Apa Itu Sexual Grooming? 05:29 Apa Sebenarnya Sexual Grooming? 08:26 Bagaimana Grooming Bermula & Apa Yang Anak Perlukan? 11:18 Apa Contoh Kesalahan Sexual Grooming Selain Fizikal? 15:26 Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Grooming? 25:30 Apa Tindakan Ibu Bapa Bila Jumpa Mesej Grooming? 34:17 Apa Perlu Dibuat Jika Berlaku Penderaan? 37:30 Bila Perlu Lapor Jenayah Seksual Kanak-Kanak? 46:15 Peranan Ibu Bapa & Kawalan Content Anak 48:08 Perlukah Kerajaan Kawal Content Untuk Kanak-Kanak? 50:08 Adakah Persetujuan Kanak-Kanak Diiktiraf Undang-Undang? 53:46 Adakah Masih Ada Kelompongan Dalam Undang-Undang? 54:04 Apa Satu Perkara Paling Penting Untuk Cegah Grooming? 58:42 Bolehkah Pendidikan Anak Diserahkan Kepada Sekolah? 01:00:47 Di Mana Kes Sexual Grooming Paling Kerap Tersangkut? 01:05:21 Bagaimana Mangsa Dilindungi Dalam Prosiding Mahkamah? 01:11:01 Penutup & Mesej Kepada Ibu Bapa