🏕️ Titik Tengah Semenanjung yang Perlu Anda Lawati! | Lanchang, Temerloh, Pahang, Malaysia.
Fazlima Observatory
0:00 / 0:00
🏕️ Titik Tengah Semenanjung yang Perlu Anda Lawati! | Lanchang, Temerloh, Pahang, Malaysia.
307 просмотров · 9 месяцев назад
Fazlima Observatory
535 подписчиков
307 просмотров · 9 месяцев назад
Pernahkah terlintas di dalam fikiran anda di manakah terletaknya Titik Tengah Semenanjung Malaysia?
Video ini akan memaparkan lokasi titik tengah ini serta kemudahan yang ada di situ.
Semasa zaman British dahulu, titik tengah dengan koordinat '0' telah ditetapkan di Kg. Belimbing yang terletak dalam Daerah Lipis.
Pada tahun 2009, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kajian dengan menggunakan tiga kaedah bagi menentukan titik tengah ini.
Tiga kaedah itu adalah, kaedah berdasarkan bentuk muka bumi, kaedah jisim Semenanjung Malaysia dan kaedah matematik.
Dari tiga kaedah itu, kaedah matematik telah di pilih sebagai kaedah yang paling sesuai berdasarkan purata nilai koordinat.
Hasil kajian itu mendapati titik tengah Semenanjung Malaysia berada di Kg Paya Siput berhampiran Pekan Lanchang, Daerah Temerloh, Pahang.
Secara tepatnya titik itu berada di lot 2082 di bawah salah satu pondok Madrasah Darul Ulum Kg Paya Siput, Lanchang.
Pihak JUPEM dengan persetujuan kerajaan negeri telah membina sebuah monumen lebih kurang 133 meter dari tempat asal dan lokasi ini telah dipilih dengan membundarkan nilai koordinat kepada saat yang terhampir.
Monumen ikonik ini mempunyai 11 pancang yang condong ke arah kiblat yang mana 6 pancang di bahagian lilitan luar melambangkan 6 Rukun Iman manakala 5 pancang di bahagian lilitan dalam melambangkan 5 Rukun Islam.
Pada tapak monumen ikonik ini terdapat penanda yang menunjukkan arah dan jarak ibu negeri bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia dari monumen ini.
Tarikan utama adalah tasik yang dikelilingi oleh pokok-pokok hiasan yang berada di tengah-tengah dan hadapan kawasan monumen ini.
Kemudahan lain seperti tandas, kedai runcit dan surau juga ada disediakan di sini.
Kesimpulannya kawasan ini sesuai untuk di jadikan sebagai tempat lawatan bagi pelajar-pelajar sekolah yang mengambil subjek Geografi dan tempat beriadah serta mengambil gambar berlatarbelakangkan tasik dan monumen ikonik.
Nama: Lanchang
Lokasi: Temerloh, Pahang.
Ciri utama : Monumen ikonik penanda untuk Titik Tengah Semenanjung Malaysia
Topik
0:00 Intro
1:06 Titik Tengah Semenanjung
3:47 Bayaran Masuk, Parking & Kemudahan
4:36 Daya Tarikan Lain Di sini
6:03 Kesimpulan
Tempat Bercuti Best di Malaysia
• Tempat BEST di Malaysia
Teluk Batik
• 🏖️ ALTERNATIF kepada Port Dickson bagi WAR...