Перейти к содержимому

AHMAD ALBAB : Kebahagiaan di tangan siapa? | Podcast Membaca Filem P. Ramlee 2

The KL Samurai Official

0:00 / 0:00

AHMAD ALBAB : Kebahagiaan di tangan siapa? | Podcast Membaca Filem P. Ramlee 2

21 738 просмотров · 4 месяца назад
The KL Samurai Official
786 подписчиков
21 738 просмотров · 4 месяца назад
*** Terkini : AHMAD ALBAB CHAPTERS 00:00 Babak 1 - 'KAMBING' 03:59 Babak 2 - Menangis Tak Henti 05:23 Maksud " Di Kampung Pening Lalat" 06:51 Babak 3 - Muharam Safar Rompak 10:16 Apa Maksud 'Albab' ? 11:37 Hari Jadi Bapa Mertua Apakah mesej-mesej penting yang diselitkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem dan lagunya? Antara kelebihan filem-filem Allahyarham adalah dialog bernuansa yang didatangkan dengan aksinya sekali, serta tidak dibazirkan dengan reaksi yang tak perlu atau tiada makna. Menjadikan setiap babak itu padat dalam kesempurnaan sebuah filem, lalu cukup buatkan kita ingat sampai bila-bila. Sebuah khazanah pemikiran yang kaya dengan lapisan makna kemanusiaan dan hikmah, amat relevan sehingga hari ini. Karya-karya Allahyarham bagaikan ‘enigmata’ yang dapat dibaca dari pelbagai tahap pemahaman, dari seberat-berat pemikiran hinggalah sekadar melayani jenaka penawar hati dan satira yang menegur. Grandmaster Dr. Haja Mohaideen, siri Podcast MEMBACA FILEM P. RAMLEE membawa perspektif seni dan falsafah yang mendalam. Karya P. Ramlee bukan sekadar tontonan, ada yang mem’provokasi’, ada teguran dalam gurauan, sindiran tajam, meletakkan realiti masyarakat, politik dan pemerintah waktu itu didalam ‘kasut’ watak ciptaan yang nampak bersahaja tapi menyentap hati yang tahu makna sebaliknya. Mempunyai hubungan rapat dengan sahabat-sahabat lama sezaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Dr. Haja banyak menimba ilmu, perkongsian pengalaman dan cerita sumber secara langsung dari mereka. Kini lebih 50 tahun selepas pemergiannya, warisan seni-intelek beliau masih terus mengajak kita merenung dan memahami pesanan-pesanan Allahyarham Tan Sri. MEMBACA FILEM P. RAMLEE SIRI 2 : AHMAD ALBAB Terbitan : Centriczone Group PLT (https://www.czonefilms.com/diaries/pr...) Panel : Dr Haja Mohaideen bin Hj. Abu Backer Moderator : Shade Asri Penghargaan Lokasi : Galeri & Rumah P. Ramlee ARKIB NEGARA MALAYSIA Negeri Pulau Pinang Penerbit : Mashitoh Chen Editor : Shade Asri Pembantu Penggambaran : Nizar Johari #pramlee #MembacaFilemPRamlee #filemklasik #laguklasik #ahmadalbab